PUBG Mobile
PUBG Mobile : Akhirnya, Team 2020 Yoodo Gank diumum secara rasmi

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank mengumumkan secara rasmi barisan utama pemain mereka pada malam tadi.
Dalam satu kenyataan video, Yoodo Gank mengekalkan barisan pemain mereka yang menyertai Kejohanan PUBG Mobile Peacekeeper Elite Championship pada akhir tahun lalu iaitu:
- Aiman Mohd (Man Parang) – Kapten
- Ahmad Fuad Razali (Fredo)
- Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx)
- Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper)
BACA: ‘Team2020’ Yoodo Gank punyai pontensi besar, raih Top 7 Peacekeeper Elite Championship
Menurut Yoodo Gank, Draxx akan bertindak sebagai Fragger, Fredo sebagai Rusher, Jumper sebagai Scout dan Man Parang sebagai Support.
Yoodo Gank bukan satu nama asing dalam arena kompetitif PUBG Mobile. Antara pencapaian Yoodo Gank termasuk:
- Tempat ke-7 Peacekeeper Elite Championship
- Tempat ke -11 Final Global PMCO Musim Luruh 2019
- Juara Selangor Cyber Games 2019
BACA: Idola PUBG Mobile Team 2020 di iklan bas RapidKL
Pasukan Yoodo Gank turut dikenali sebagai ‘Team 2020’ dalam kalangan peminat e-sukan PUBG Mobile apabila dilihat bakal memberi sinar baharu dalam arena ini.