Connect with us

PUBG Mobile

Boyka tidak lagi berkhidmat sebagai jurulatih Bigetron

Published

on

Boyka (tengah) ketika dalam satu sidang media bersama Bigetron RA pada Grand Final PMCO Musim Luruh 2019 yang lalu. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KHIMAT pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli sebagai jurulatih bagi pasukan terkemuka Asia Tenggara, Bigetron RA sah tamat mulai hari ini.

Perkara itu diumumkan organisasi Bigetron pada petang tadi.

“Dengan berat hati kami mengumumkan bahawa Boyka akan mengundur diri mulai hari ini.

“Terima kasih Boyka kerana telah berjuang bersama Bigetron sampai ke puncak juara dunia.

“Semoga terus berjaya di perjalanan berikutnya!” kata Bigetron.

Boyka, 26, mula berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Indonesia pada 7 November 2019.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Boyka bersama anak-anak buahnya Bigetron RA muncul sebagai juara keseluruhan Grand Final PMCO Musim Luruh 2019.

Berikutan kemenangan bergaya itu, Bigetron RA membawa pulang hadiah utama bernilai RM751,500 (AS$180,000) dan RM104,300 (AS$25,000) menerusi 5 Chicken Dinner yang diraih sepanjang 3 hari Grand Final PMCO Musim Luruh 2019 berlangsung pada Disember 2019.

Sebelum menyertai Bigereon RA, Boyka merupakan pengasas dan ketua bagi pasukan e-sukan tanah air, AROV Esports.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved