PUBG Mobile
Bigetron Esports rasmi tubuh Bigetron Malaysia, Boyka sebagai CEO

ORGANISASI terkemuka Asia Tenggara, Bigetron Esports secara rasmi menubuhkan cawangannya tersendiri di negara ini yang dikenali sebagai Bigetron Malaysia.
Bigetron Esports berkata bekas jurulatih terkenal dalam komuniti e-sukan PUBG Mobile Khairunnazri Masli (Boyka) akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Malaysia.
BACA: Boyka tidak lagi berkhidmat sebagai jurulatih Bigetron
Semalam Bigetron Esports mengumumkan perkhidmatan Boyka sebagai jurulatih bagi pasukan terkemuka Asia Tenggara, Bigetron RA sah ditamatkan.
Boyka mula berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Indonesia pada 7 November 2019.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Boyka bersama anak-anak buahnya Bigetron RA muncul sebagai juara keseluruhan Grand Final PMCO Musim Luruh 2019.
Berikutan kemenangan bergaya itu, Bigetron RA membawa pulang hadiah utama bernilai RM751,500 (AS$180,000) dan RM104,300 (AS$25,000) menerusi 5 Chicken Dinner yang diraih sepanjang 3 hari Grand Final PMCO Musim Luruh 2019 berlangsung pada Disember 2019.