Connect with us

PUBG Mobile

Gembira untuk serlahkan bakat Malaysia menerusi Bigetron – Boyka

Published

on

Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Malaysia, Khairunnazri Masli (Boyka) berharap Bigetron Malaysia menjadi salah satu pasukan yang kuat di negara ini dan juga di dunia - Foto Bigetron Malaysia

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Malaysia, Khairunnazri Masli (Boyka) meluahkan rasa bangga apabila diberi peluang untuk menjawat jawatan itu.

Boyka berkata dia akan menggalas tanggungjawab itu dengan sebaiknya untuk menyerlahkan lagi bakat-bakat pemain e-sukan di Malaysia.

“Ini adalah tanggungjawab besar untuk mengurus Bigetron Malaysia.

“Saya gembira kerana diberi peluang untuk mencapai impian saya bagi membentuk lagi lebih ramai bakat-bakat Malaysia di luar sana dan saya dapat melakukannya dengan sokongan Bigetron Esports.

“Saya berharap Bigetron Malaysia dapat menjadi yang terbaik di Malaysia dan juga di seluruh dunia,”kata Boyka.

Boyka berkata demikian dalam satu video pengumuman penubuhan Bigetron Malaysia pada hari ini.

Boyka sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih bekas juara dunia PMCO Musim Luruh Bigetron RA.

Namun khidmatnya sebagai jurulatih tamat secara rasmi pada semalam.

Sebelum menyertai organisasi Indonesia itu, Boyka merupakan pengasas dan ketua pasukan e-sukan tanah air AROV Esports.

Menerusi kepimpinannya, Boyka berjaya membawa pasukan AROV Esports ke peringkat Asia Tenggara sebanyak dua kali iaitu menerusi Liga PMCO Asia Tenggara Musim Bunga dan Musim Luruh pada tahun lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved