Connect with us

PUBG Mobile

PMPL : NED Brotherhood ungguli Final Kelayakan Malaysia

Published

on

NED Brotherhood berada di kedudukan paling atas dalam Final Kelayakan Malaysia dengan 184 mata terkumpul secara keseluruhan.

KUALA LUMPUR – Jaguh PUBG Mobile yang senang meningkat naik, NED Brotherhood menungguli Final Kelayakan Malaysia Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Malaysia dan Singapura pada semalam.

NED Brotherhood yang berada di kedudukan paling atas mengumpul 184 mata secara keseluruhan.

NED Brotherhood juga berjaya mendapat 1 Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan 51 mata bunuh.

Menerusi kejayaan itu, NED Brotherhood bersama 11 lagi pasukan Malaysia layak ke PMPL yang dijangka akan berlangsung bulan hadapan.

BACA: “Sebagai bapa, saya tak faham trend game generasi kini, tapi saya doakan kejayaan anak saya”

Berikut adalah senarai pasukan yang melepasi pusingan final kelayakan semalam dan seterusnya berjaya mendapatkan slot ke PMPL:

  • NED Brotherhood
  • Resurgence MY
  • Xpert MY
  • MrekingXP
  • Team No Recoil
  • Axis MPX
  • NED Proyecto X
  • ESG Gaming
  • Tone Wow Esports
  • Dingoz Mz
  • MRE Syndicate
  • Boss Weh

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved