Connect with us

PUBG Mobile

PUBG: Pengumuman penting VIP Squad jam 8 malam

Published

on

Siapakah bakal menjadi barisan utama VIP Squad kali ini? - Foto VIP

KUALA LUMPUR – Bekas wakil Malaysia ke Piala Dunia PUBG Mobile Star Challenge 2019 (PMSC), Victorious in Play (VIP Squad) dijangka membuat satu pengumuman penting pada jam 8 malam nanti.

Dalam satu kenyataan hari ini, VIP Squad memuat naik satu foto bayangan gelap empat individu.

Parking dulu geng! Tunggu nanti pukul 8 malam kita mahu buat pengumuman,” ujar ringkas VIP Squad dalam kenyataan itu.

VIP Squad merupakan antara pasukan elit PUBG Mobile di Malaysia berikutan rekod pencapaian yang diraih setakat ini.

Pada Disember tahun lalu, VIP Squad terpilih untuk mewakili Malaysia ke PMSC 2019 di Riyadh, Arab Saudi yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Sementara itu, pada Oktober 2019, VIP Squad melayakkan diri ke Grand Final Asia Tenggara PMCO Fall Split yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

VIP Squad berjaya meraih slot ke Grand Final itu selepas berjaya meraih kedudukan ke-16 dalam peringkat Liga PMCO Fall Split, yang berlangsung selama empat minggu di Shanghai China.

VIP Squad juga sebelum ini pernah menjadi juara bagi Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu.

Setakat ini, hanya Kapten VIP Squad Muhammad Afiq bin abdul Aziz (Yakuza) disahkan berada dalam barisan utama pasukan itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved