Connect with us

PUBG Mobile

Pro Scrims: Malaysia Bolot 3 Chicken Dinner

Published

on

Foto: Facebook / AROV Esports

KUALA LUMPUR – Pasukan-pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia berjaya membolot 3 Chicken Dinner daripada 4 pusingan yang dipertandingkan pada hari kedua Sesi Perlawanan Persahabatan Team Secret PUBG Mobile Pro Scrims.

Pasukan-pasukan Malaysia berjaya mendapatkan Chicken Dinner di peta Sanhok, Vikendi dan Miramar.

Berikut merupakan senarai pemenang Chicken Dinner bagi Hari Kedua PUBG Mobile Pro Scrims:

  • Sanhok – (Nocturnal Esports Dawn N.E.D)
  • Vikendi – (Team Secret Malaysia)
  • Miramar – (AROV Esports)
  • Erangel -King of Gamers (KOG)

Pasukan-pasukan Malaysia turut menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan apabila berjaya memperoleh tempat pertama (AROV), ketiga (NED) dan kelima (Bapak Ah Esports) secara keseluruhan menentangi pasukan-pasukan antarabangsa.

Selain kedudukan teratas, AROV turut mendapatkan gelaran Pasukan Terbaik apabila memperoleh 30 mata bunuh, sekali gus mencatatkan mata bunuh tertinggi daripada 16 pasukan yang bertanding.

Pasukan AROV sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai yang bernilai kira-kira RM1,922 (AS$450).

Sesi Perlawanan Persahabatan Profesional PUBG Mobile Team Secret yang diadakan pada 24-25 Jun dan 1-2 Julai dibawakan oleh Hotlink.

Scrim itu menawarkan hadiah wang sebanyak RM 12,840 (AS $3,000).

Pasukan-pasukan PUBG Mobile yang menyertai scrim tersebut adalah:

  • Team Secret ???????? ⁣
  • AROV Esports ???????? ⁣
  • BAPAK AH Esports ???????? ⁣
  • NED Brotherhood ???????? ⁣
  • Bigetron Red Alien ????????⁣
  • Morph ????????⁣ Aura Esports ????????⁣
  • Aerowolf LIMAX ???????? ⁣
  • King of Gamers Club ????????
  • Team Secret ????????⁣
  • Celtz ????????⁣
  • REJECT Scarlet – ???????? ⁣
  • U Level Up – ???????? ⁣
  • Free Style ????????⁣
  • NoChanceTeam ????????⁣

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved