PUBG Mobile
Team Secret dominasi scrim Liga Dunia

PASUKAN Profesional PUBG Mobile, Team Secret Thailand dan Team Secret Malaysia mengungguli hari pertama Sesi Perlawanan Persahabatan (Scrim) Profesional PUBG Mobile Team Secret.
Team Secret Thailand berjaya menduduki tempat teratas dengan kutipan 65 mata secara keseluruhan dan 24 mata bunuh.
Pasukan itu sekaligus membawa pulang hadiah want tunai tempat pertama yang bernilai kira-kira RM 1,495 (AS$350).
Team Secret Thailand yang dibarisi pemain-pemain berkaliber seperti Yongyuth Riyaten (GZ), Nathakit Khongsranoi (KENGZO) dan Thanadol Waiyawudthi (TWOKAY) berjaya mengatasi pasukan-pasukan yang layak ke Liga Dunia Timur.

Sementara itu, pasukan tempatan Team Secret Malaysia (Team Secret MY) yang dibarisi Jiunn Jie (BiuBiu), Dhiya Ulhaq (uHigh), Raymond Tan (iShotz) dan Aekachai Areesanan (MADTOI) berjaya mendapat tempat kedua dengan hanya 5 mata sahaja di belakang TS Thailand.
Team Secret MY berjaya mendapat 60 mata secara keseluruhan dengan 30 mata bunuh.
Pasukan Team Secret MY menunjukkan prestasi yang amat konsisten pada hari pertama scrim berlangsung.
Team Secret MY memperoleh tempat ketiga dalam pusingan Sanhok, tempat kedua dalam pusingan Vikendi, tempat ke-12 dalam pusingan Miramar dan tempat ke-7 dalam pusingan Erangel.
Team Secret Malaysia membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu mendapatkan mata kedudukan, namun terbukti mempamerkan aksi “bar-bar” dengan mengutip mata bunuh yang banyak.
Berikut merupakan mata bunuh Team Secret MY pada hari pertama perlawanan scrim:
- Sanhok: 6 mata bunuh
- Vikendi: 8 mata bunuh
- Miramar: 3 mata bunuh
- Erangel: 13 mata bunuh
Team Secret Malaysia turut mendapatkan gelaran Pasukan Terbaik apabila mencatatkan mata bunuh tertinggi daripada 14 pasukan yang bertanding.

Sesi Perlawanan Persahabatan Profesional PUBG Mobile Team Secret yang diadakan pada 24-25 Jun dan 1-2 Julai dibawakan oleh Hotlink.
Scrim ini menawarkan hadiah wang sebanyak RM12,840 (US$3,000).
Ia turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Team Secret dan Hotlink.