Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Pertama kali beraksi di peringkat global, Rex tersenarai dalam ranking kills terbanyak

Published

on

Foto Fail

PEMAIN profesional PUBG Mobile negara, Asyam Allam (Rex) dari Team Secret Malaysia berjaya tersenarai dalam rangking mata bunuh (kills) terbanyak pada Hari Kedua Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Rex memunjukkan prestasi yang cukup baik dengan mengutip 8 mata bunuh, yang seterusnya menempatkan diri di tangga keempat dalam ranking itu.

Foto: Facebook/ PUBG Mobile

Meski PMWL merupakan kejohanan pertama globalnya, Rex dilihat bermain dengan sangat baik sepanjang Opening Weekend berlangsung terutamanya apabila berjaya menumpaskan tiga pemain pasukan TSM Entity secara berseorangan pada peta Miramar semalam.

Video: PUBG Mobile Esports

Sementara itu mendahului carta bunuh, Pachachai Han (g9) dari pasukan RRQ Athena berjaya memperoleh 10 mata bunuh setelah perlawananan hari kedua tamat.

Team Secret MY menamatkan persaingan mereka di Opening Weekend dengan menduduki tempat ke-14 dan berjaya mengutip 56 mata secara keseluruhan.

PMWL Timur kembali akan berlangsung pada malam esok untuk hari pertama peringkat liga atau League Weekend.

BACA: League Weekend: Team Secret MY dalam kumpulan maut

Pada peringkat liga, Team Secret MY akan berada di kumpulan D, yang dianggap sebagai kumpulan maut.

Pasukan Nombor 1 PMPL MY/SG itu diletakkan bersama dengan bekas juara dunia RRQ Athena, jaguh India TSM Entity dan pasukan Reject Scarlet dari Jepun dalam kumpulan D.

Wakil negara lain, Yoodo Gank berada di tempat ketiga pada peringkat Opening Weekend dengan 99 mata keseluruhan akan berada di Kumpulan C bersama pasukan GXR Celtz, Nova GodLike dan uLevelup.

Anda boleh menontonnya PMWL Timur di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved