Connect with us

PUBG Mobile

League Weekend: Team Secret MY dalam kumpulan maut

Published

on

PERLAWANAN peringkat Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur selama dua hari telah menemui penamatnya hari ini dengan menyaksikan jaguh dunia, Bigetron Red Aliens berada di ranking pertama dengan 136 mata.

Selepas selesai peringkat Opening Weekend, kesemua pasukan yang bertanding kini sedang menuju ke peringkat League Weekend mengikut pembahagian kumpulan masing-masing.

Peringkat League Weekend akan berlangsung pada setiap hari Selasa dan Rabu sehingga 29 Julai nanti.

Berikut adalah pembahagian kumpulan di peringkat League Weekend:

Kumpulan A: Bigetron Red Aliens, Box Gaming, No Chance Team, Free Style
Kumpulan B: Orange Rock, Morph Team, Valdus The Murder, Megastars,
Kumpulan C: Yoodo Gank, U Level Up, GXR Celtz, Nova Esports
Kumpulan D: RRQ Athena, Reject Scarlet, Team Secret MY, TSM Entity
Kumpulan E: TeamIND, SynerGE, T1, King of Gamers Club

Pada League Weekend itu nanti, pasukan-pasukan yang terlibat akan bersaing untuk mendapatkan slot ke peringkat Super Weekend.

Hanya 16 slot sahaja diberikan di peringkat Super Weekend.

Super Weekend akan diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dan akan merangkumi 15 pusingan setiap minggu

Hanya mata daripada Super Weekend akan diambil kira untuk markah keseluruhan. 16 pasukan dengan markah keseluruhan akan layak ke Peringkat Akhir Liga Dunia.

Peringkat Akhir Liga Dunia akan berlangsung selama empat hari ,7 Ogos-10 Ogos dan akan mempunyai 24 pusingan.

PMWL Musim 0 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 juta secara keseluruhan.

Anda boleh menonton secara langsung pada jam 8 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved