Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: 3-2, Team Secret Malaysia berjaya balas dendam No Chance di Podvosto

Published

on

Team Secret vs No Chance

PASUKAN Profesional PUBG Mobile negara, Team Secret MY berjaya mempertahankan kota Podvosto daripada pasukan Mongolia, NoChance pada Hari Kedua Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Team Secret MY berjaya menumpaskan dua pemain pasukan NoChance dengan mudah tanpa kehilangan seorang pemain di kota Podvosto dan menyebabkan 2 lagi pemain NoChance, Munkh-erdene Nyamsuren (OFFdelS) dan Bilguun Baatarkhuu (GODLESS) untuk mengundur diri daripada pertarungan awal tersebut.

Video: PUBG Mobile Esports

Malang bagi pasukan Mongolia tersebut, OFFdelS dan GODLESS sekali lagi bertemu Team Secret yang membuat rotasi ke tengah zon selamat.

Team Secret MY tidak melepaskan sebarang peluang selepas mengetahui pasukan Mongolia tersebut kekurangan pemain.

Mereka terus menyerang dan menghantar NoChance ke lobi yang hanya meraih kedudukan ke-16.

NoChance sebelum ini menyamakan rekod pertembungan antara Team Secret Malaysia di Podvosto dengan rekod 2-2 semalam pada aksi pembukaan pusingan pertama Opening Weekend PMWL.

NoChance berjaya menumpaskan tiga pemain daripada Team Secret di kota Podvosto manakala BiuBiu pemain tunggal terpaksa mengundur diri untuk mencari mata kedudukan.

Team Secret MY berjaya membalas dendam ke atas kekalahan tersebut dan mengekalkan rekod pertemuan 3-2 yang menyebelahi pasukan negara.

Menurut pengurus pasukan Team Secret Malaysia, Partibhan Petchayappen (OntheGo), Team Secret berjaya memenangi pertarungan awal di Podvosto dengan persediaan rapi yang dilakukan oleh pasukannya.

“Pada hari pertama Opening Weekend, NoChance melakukan percaturan yang memberi kejutan terhadap pemain-pemain Team Secret MY yang mendarat di kawasan yang sama dengannya.

“Semalam, mereka (NoChance) membuat gerakan dua pemain tidak terjangka sehingga menyebabkan Team Secret MY tewas,” jelas OntheGo dalam penstriman langsung PMWL Timur.

Dalam satu temubual selepas tamat perlawanan, pemain Team Secret, Raymond Tan (iShotz) turut menjelaskan bahawa mereka telah menganalisis dan mengkaji strategi pasukan NoChance di Podvosto.

“Pada hari pertama Opening Weekend, kami kalah dengan mereka (NoChance), oleh itu kami mengkaji balik perlawanan semalam dan mencari idea untuk mengatasi mereka,” jelas iShotz.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile

Team Secret MY mengakhiri peringkat Opening Weekend dengan menduduki tempat ke-14. Pasukan itu hanya mengutip 56 mata secara keseluruhan dan 25 mata bunuh.

PMWL Musim 0 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 juta secara keseluruhan.

Anda boleh menonton secara langsung pada jam 8 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

PUBG Mobile

#RoadToSEA Final: Dah dapat slot pun Yoodo Gank, Team Secret nak terus dominasi

Published

on

KUALA LUMPUR – Dua gergasi PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret MY mendominasi ranking hari pertama Grand Final Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua dengan masing-masing berjaya mengutip dua Chicken Dinner.

The One and Onleh Yoodo Gank yang membuka tirai dengan penuh bergaya di peta Miramar berada di tangga pertama ranking Grand Final ketika ini dengan kutipan 93 mata secara keseluruhan termasuk 41 mata bunuh.

Manakala Team Secret MY yang berada di tangga kedua mengutip 89 mata termasuk 46 mata bunuh.

Kedua-dua pasukan itu juga menunjukkan mutu persembahan yang menarik dan mantap terutama pada pusingan keenam Grand Final yang berlangsung di Miramar.

Dalam pusingan itu, Yoodo Gank dan Team Secret MY membuktikan kedua-dua pasukan itu mempunyai reputasi tersendiri dengan menunjukkan pertarungan yang sangat matang dan tidak tergopoh.

Sememangnya ia satu pertarungan El Classico PMPL MYSG yang memukau penonton kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Sebagai contoh, pada zon selamat terakhir di Miramar itu berlangsung lebih 1 minit 30 saat bagi kedua-dua pasukan itu berlawan untuk mendapatkan Chicken Dinner.

Pertembungan itu menyaksikan aksi yang luar biasa dari Terminator Terbaik Asia Tenggara, Azim Ikromi (Draxx) dan Terminator Terbaik Liga PMPL MYSG, Dhiya Mohd Arasz (uHigh).

Namun percaturan uHigh untuk melakukan lompatan sambil melepaskan tembakan membuahkan hasil apabila ia mengena Draxx.

Sementara itu, tidak jauh di berada di belakang Team Secret MY dalam ranking adalah Team SMG yang turut mengutip dua Chicken Dinner hari ini di Erangel dan Sanhok.

Team SMG mempunyai 85 mata ketika ini, hanya lima mata ketinggalan di belakang Team Secret MY.

Tumpuan akan diberikan kepada penyandang tempat ketiga dan keempat Grand Final PMPL MYSG jika Yoodo Gank dan Team Secret MY terus mendominasi pada esok dan lusa.

Ia berikutan hanya dua slot diberikan kepada liga tersebut untuk mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara, iaitu Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Grand Final PMPL MYSG akan berlangsung sehingga Ahad ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadToSEAFinal: “Dulu dia kata tak gayat, sekarang kat bawah”- Savior

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

“HARI itu, tak silap saya dia kata dia tak gayat. Sekarang saya tengah cari mana dia. Oh, di bawah. Come and catch me bro. Ingat nama kami, SMG, okay?”

Itu usikan jurulatih pasukan profesional PUBG Mobile Still Moving Under Gunfire (SMG), Muhammad Hazwan Abd Halim (Savior) kepada Muhammad Farhan Abdul Gaffar (JangS) yang merupakan jurulatih pasukan Team Secret MY.

Savior berkata demikian dalam satu temubual selepas Team SMG memenangi Chicken Dinner Kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Sebelum ini Jangs pernahmenyatakan bahawa dia tidak “gayat” berada di atas carta keseluruhan ketika Team Secret MY mendominasi carta liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Foto: Facebook/ PUBG Mobile

Jangs sebelum ini berjaya memimpin pasukannya Team Secret MY ke puncak liga profesional kebangsaan itu sekaligus menerima slot ke peringkat Asia Tenggara nanti.

Sementara itu, Savior, bekas pemain profesional untuk e-sukan Player Unknowns’ BattleGrounds, kini menyertai pasukan SMG sebagai jurulatih untuk memimpin pasukan mereka menjuarai Grand Final PMPL MYSG.

Selepas lima pusingan bertanding, pasukan SMG berada di tempat kedua, satu mata sahaja di belakang pasukan Yoodo Gank.

View this post on Instagram

#RoadToSEAFinal: Ahhh, macam tu je @smg_jenny9 secara live mengajar warga emas @nrddynrsl baling bom macam mana. 🤣😂⁣ ⁣ GGWP @teamsmgofficial! Chicken Dinner yang kedua! BAPAK AH MANTAPPPPPP!!⁣ ⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 2 – Erangel – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣Pusingan 3 – Vikendi – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 4 – Sanhok – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Video: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Pasukan SMG berjaya mengutip 72 mata dengan 27 mata bunuh secara total setakat ini.

SMG, yang dibarisi Mohd Harith Iskandar (Bard), Mohd Nazeri Shahrin (Trixnity), Muhammad Danny Irfan (Jenny), Aqil Yusli (Six) dan Fairul Iskandar Putra (Putra) sebelum ini pernah menjuarai peringkat liga PMPL MYSG bagi musim pertama menerusi nama Bapak Ah Esports.

Grand Final PMPL MYSG masih lagi berbaki 13 pusingan tinggal bagi pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik tanah ir untuk mendapatkan dua slot ke kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Mampukah pasukan SMG mendominasi carta keseluruhan dan muncul di atas selepas tiga hari kejohanan?

Saksikan Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan anda juga berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi!

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadtoSEAFinal: iNaoki mungkin tidak akan main Grand Final – Man Parang

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain kelima Yoodo Gank Azmal Jasni (iNaoiki) berkemungkinan tidak akan beraksi dalam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua, kata kapten Aiman Mohd (Man Parang).

Man Parang berkata ia berikutan keempat-empat pemain utama Yoodo Gank ketika ini berada di lokasi latihan pasukan itu selain iNaoiki.

“Kami berada di lokasi latihan pasukan sempena Grand Final kecuali iNaoki. Jadi siapa yang ada di sini sahaja akan bermain,” kata Man Parang secara ringkas.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual PMPL selepas memenangi Chicken Dinner Grand Final di Miramar seketika tadi.

BACA: Yoodo Gank dapat circle, CCV naik lebih 79,000 tontonan

View this post on Instagram

#RoadToSEAFINAL: Carta dan ranking selepas tamat pusingan pertama. Wowza semua merah dalam carta terminator guys. GGWP Yoodo Gank dan Geek Fam!⁣ ⁣ Geek Fam kini mendahului di tangga pertama selepas mengutip 12 mata bunuh! YAZZAAAAAAA! ONCE A GEEK ALWAYS A FAM! ⁣ ⁣⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣ ⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ Foto: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Difahamkan, lokasi latihan Yoodo Gank yang dinamakan Wulfden terletak di Puchong, Selangor.

Ketika ini sedang berlangsung Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua yang menyaksikan 16 pasukan terbaik tanah air merebut gelaran juara dan slot ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) 2020.

Hanya dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan mara ke SEA Final 2020.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Sementara itu, Man Parang juga meninggalkan beberapa kata-kata semangat kepada pasukan-pasukan yang lain dalam misi merebut slot itu.

“Selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik untuk dapatkan slot ke SEA Final. Ayuh, mari kita lakukannya,” kata Man Parang.

Tonton Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved