Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Slot ke PMPL kini menjadi 5, aKa Esports ganti Mutant X

Published

on

Foto fail

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa minggu pusingan kelayakan negeri dijalankan, akhirnya Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2020 bakal menghampiri penamatnya apabila pusingan penentu (playoff) akan bermula Jumaat ini.

Sebanyak 16 pasukan dari seluruh Malaysia telah melayakkkan diri ke kejohanan ini iaitu:

  • Darkhorse (Juara PMCC)
  • Team Bosskurr
  • XPERT (Sarawak)
  • Miri Mob (Sarawak)
  • aKa Esports Rogue (Sabah)
  • Organization X (Kelantan)
  • Team MIP (Kelantan)
  • RMC Esports (Perak)
  • Waisu Hera (Perak)
  • Waisu Junior (Kedah)
  • STARTZ Esports (Selangor)
  • TRX Elementus (Negeri Sembilan)
  • LX Esport (Pahang)
  • MARLINO Insouth (Johor)
  • Stayhome (Kedah)
  • Antique (Melaka)

Pusingan playoff pada Jumaat nanti akan berlangsung selama dua pusingan iaitu di Erangel dan Sanhok. Ia akan bermula jam 3 petang.

Pada hari Sabtu pula, lima pusingan akan dipertandingkan iaitu Miramar, Vikendi, Erangel, Sanhok dan Miramar. Ia akan bermula jam 1 tengah hari.

Sementara itu pada hari terakhir, lima pusingan juga akan berlangsung iaitu di Vikendi, Erangel, Sanhok, Miramar dan Vikendi.

Namun ia akan bermula lebih awal iaitu pada jam 12.30 tengah hari dengan perlawanan pertunjukan di peta baharu PUBG Mobile iaitu Livik.

PMNC 2020 menawarakan hadiah wang terkumpul sebanyak RM100,000.

Peserta juga akan berpeluang untuk beraksi dalam liga paling berprestij di Malaysia iaitu Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) jika mereka berjaya mendapat kedudukan lima teratas.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved