Connect with us

PUBG Mobile

ANALISIS: Mampukah Team Secret MY menandingi TSM Entity di Hacienda?

Published

on

Siapa bakal kuasai Hacienda del Patron?

DENGAN tamatnya peringkat Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, kesemua pasukan yang bertanding kini menuju ke peringkat League Weekend mengikut pembahagian kumpulan masing-masing.

Pasukan profesional negara, Team Secret MY, yang berada di kumpulan maut (Kumpulan D) bakal menerima cabaran untuk lokasi terjun di peta Miramar oleh pasukan India, TSM Entity yang berada di kumpulan sama.

BACA: League Weekend: Team Secret MY dalam kumpulan maut

TSM Entity merupakan pasukan berpengalaman dari India dan pernah memperolehi tempat kelima dalam cabaran PMCO Fall Split Finals 2019.

TSM Entity dan Team Secret MY kini menyamakan rekod pertembungan 1-1 dalam pertempuran di Hacienda del Patron, Miramar.

Pertembungan pertama telah dimenangi oleh pasukan TSM Entity apabila pemain mereka Vivek Aabhas (Clutchgod) berjaya meratakan 3 pemain daripada pemain Team Secret MY berseorangan.

Namun demikian, pasukan negara berjaya mengadaptasi corak perlawanan mereka untuk menguasai Hacienda del Patron pada pusingan kelapan Opening Weekend.

Menerusi percaturan bijak Team Secret MY, yang berjaya melumpuhkan (knock down) pemain TSM Entity, Suraj Nityanand (Neyoo) pada awal perlawanan menyebabkan pasukan India tersebut terpaksa mengundur diri bagi mengoptimumkan mata kedudukan.

Foto: Youtube/PUBG Moble

Pembahagian kumpulan berlandaskan keputusan peringkat Opening Weekend yang menempatkan TSM Entity dan Team Secret MY di kumpulan sama, akan menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa bertarung untuk lokasi Hacienda del Patron setiap kali kumpulan D beraksi, kecuali mana-mana pasukan mengundur diri terlebih dahulu.

Mampukah pasukan negara menguasai Hacienda del Patron dan mengutip Mirado Emas sebagai tanda kemenangan?

Saksikan PMWL secara langsung pada jam 8 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved