Connect with us

PUBG Mobile

RECAP ANALISIS: Penukaran posisi kunci Kemenangan Raja Sanhok

Published

on

Foto fail

KEMENANGAN pasukan profesional negara yang digelar Raja Sanhok PMPL MY/SG, Yoodo Gank pada pusingan kesembilan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur yang lalu merupakan Chicken Dinner pertama pasukan Malaysia.

Antara faktor kemenangan pasukan Yoodo Gank yang boleh dilihat adalah penukaran posisi (rotation) mantap yang dilakukan oleh pemain.

Dalam hal ini, pasukan Yoodo Gank yang memilih lokasi mendarat di Lakawi kelihatan tidak mempunyai halangan untuk masuk ke dalam zon pertama pusingan kesembilan tersebut.

Zon pertama pusingan Kesembilan Opening Weekend
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, kebanyakan pasukan memilih untuk mendarat di bahagian utara dan di bahagian tengah Sanok.

Hanya pasukan-pasukan seperti Team Secret, King of Gamers Club (KOG) dan GXR Celtz mendarat di bahagian selatan peta.

Lokasi darat pasukan-pasukan liga dunia berdasarkan peringkat Opening Weekend

Dengan ini, pasukan Yoodo berjaya membuat penukaran posisi ke tengah zon selamat dengan jayanya pada akhir bulatan ke melalui jambatan Camp Charlie.

Pasukan Yoodo Gank berjaya mempertahankan lokasi mereka sehingga tamat bulatan keenam dengan menjadikan sebuah kawasan perumahan untuk berlindung dan menghalang kemasukan-kemasukan pasukan luar seperti uLevelup dan Box Gaming.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile

Pasukan Yoodo Gank berjaya mengumpul 11 mata bunuh (kills) menerusi kemenangan Chicken Dinner mereka dengan 1072 jumlah kesan bunuh sekaligus menamatkan saingan Opening Weekend di tempat ketiga.

Pasukan Yoodo Gank, yang kini berada di Kumpulan C bagi peringkat League Weekend sekumpulan dengan GXR Celtz, uLevelUp dan NovaGodLike.

Mampukah Raja Sanhok PMPL MY/SG sekali lag menunjukkan dominasi mereka di Sanhok?

Saksikan PMWL secara langsung pada jam 8 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved