Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Bigetron RED Aliens menang peringkat liga, bawa pulang RM212,000

Published

on

JAGUH dunia Bigetron RED Aliens (Bigetron RA) muncul sebagai pemenang tempat pertama bagi peringkat musim Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL Timur).

Selepas tiga minggu berlangsung peringkat liga, Bigetron RA mengutip 522 mata dengan 5 Chicken Dinner di peringkat Super Weekend PMWL Timur.

Pada hari terakhir Super Weekend 3 PMWL Timur , Bigetron RA memecut penyandang tempat pertama dari Vietnam, BOX Gaming pada saat-saat akhir.

Bigetron RA yang pada mulanya ketinggalan 14 mata, berjaya memintas BOX Gaming selepas berjaya mendapatkan Chicken Dinner kelima pada pusingan terakhir Super Weekend yang berlangsung di Erangel seketika tadi.

Menerusi kemenangan di tempat pertama itu, Bigetron RA membawa pulang RM212,000 (AS$50,000).

Sementara itu, wakil Malaysia, Team Secret MY berada di kedudukan kelima dengan 432 mata. Pasukan itu turut berjaya mengutip, empat Chicken Dinner, termasuk dua Chicken Dinner berturut-turut hari ini.

Satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank berada di tangga ke-13, dengan 284 mata selepas ketinggalan 15 pusingan Super Weekend.

Kedua-dua pasukan Malaysia itu masing-masing membawa pulang kira-kira RM29,000 (AS$7,000) dan RM4,000 (AS$1,000).

PMWL Timur akan kembali pada 6-9 Ogos bagi peringkat final kejohanan paling berprestij itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved