Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Gandingan “rusher” uRex pamer aksi agresif pada hari pertama Super Weekend 3

Published

on

TIDAK sampai sebulan menyertai Team Secret MY, pemain profesional PUBG Mobile, Asyam Allam (Rex) sudahpun berjaya mengadaptasi corak permainan pasukan itu sehingga terbentuknya jolokan gandingan bersama rakan sepasukannya, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) iaitu uRex.

Pada pusingan Miramar hari pertama Super Weekend 3 Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, gandingan uRex dilihat semakin menyerlah apabila melakukan tentangan kepada jaguh-jaguh dunia yang lain seperti seperti TSM Entity, Orange Rock dan RRQ Athena.

Dalam pertarungan menentang TSM Entity dari India, gandingan uRex ini memaparkan cara permainan agresif apabila melakukan serbuan terhadap pasukan lawan untuk memasuki zon selamat.

Meneruskan momentum perlawanan, Team Secret MY berjaya meratakan 4 pemain daripada pasukan Orange Rock untuk menguasai daerah Crater Fields untuk memasuki zon selamat seterusnya.

Pujian juga perlu diberikan kepada penembak jitu mereka, Raymond Tan (iShotz) yang berjaya melumpuhkan dua pemain Orange Rock, Mavi dan Gill secara berseorangan.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Bertitik tolak dari situ, Rex berjaya memberikan “cover fire” yang baik untuk melumpuhkan pemain RRQ Athena, Wachirawit Ramangkool (Earnny) untuk memasuki zon selamat yang seterusnya.

Ia sekaligus memberi kesempatan kepada Rex untuk menghidupkan semula rakan sepasukannya uHigh.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Meskipun gagal meraih Chicken Dinner daripada pasukan RRQ Athena yang memegang kelebihan dari segi permukaan muka bumi, Team Secret MY memaparkan aksi cemerlang bagi pusingan tersebut dengan mengutip 23 mata.

Pemain mereka, Rex turut tersenarai dalam pemain-pemain terhandal bagi pusingan tersebut apabila mendapatkan 3 mata bunuh.

Combo fragger uRex turut menyerlah dalam pertembungan menentang pasukan senegara Yoodo Gank.

Balingan bom-bom tangan dan tembakan M416 tepat daripada kombo uRex berjaya menghalang pasukan Yoodo daripada memasuki zon selamat.

Keserasian Rex dan Team Secret MY sememangnya menjadi salah satu faktor besar yang menyumbang kepada prestasi baik pasukan itu dalam misi memburu piala PMWL Timur.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Namun gandingan uRex ini tidak mampu terbentuk tanpa “cover fire” penembak jitu pasukan mereka iShotz, percaturan bijak ketua dalam perlawanan Aekachai Areesanan (Madtoi) dan latihan komunikasi oleh kapten Kow Jiunn Jie (BiuBiu).

Kini, Team Secret MY berada di kedudukan ketiga bagi pungutan mata keseluruhan peringkat Super Weekend bagi minggu ketiga.

BACA: PMWL: Sasaran kami adalah juara -Rex

Bagi carta keseluruhan, pasukan Team Secret kini berada di tempat ketujuh dengan 348 mata, 1 mata di belakang pasukan Megastars dari India

Satu lagi wakil negara, Yoodo Gank berada di kedudukan ke-15 dengan 183 mata.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Super Weekend 3 PMWL Timur akan kembali berlangsung pada jam 8 malam nanti di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved