Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: iNaoki sah bermain untuk Yoodo Gank, sebagai stand in

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain e-sukan profesional Azmal Jasni (iNaoki) akan bermain bersama pasukan nombor 1 Asia Tenggara, Yoodo Gank dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) Musim Kedua nanti.

Perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan Yoodo Gank, Kevin Wong kepada WTM Today seketika tadi.

Menuurt Kevin, pemilihan iNaoki adalah berikutan persefahaman dalam permainan antara pemain-pemain Yoodo Gank yang lain.

“iNaoki akan memainkan peranan sebagai pemain kelima dan stand in untuk Yoodo Gank pada PMPL MY/SG nanti.

“Kenapa iNaoki dipilih, kerana ada chemistry (persefahaman) antara mereka” kata Kevin secara ringkas ketika dihubungi WTM Today.

Sebelum ini, iNaoki bermain untuk pasukan popular tanah air STP Bosskurr dan Geek Fam.

Pada PMPL MY/SG yang lalu, iNaoki dan Geek Fam meraih tempat kelapan pada final.

iNaoki dan Yoodo Gank akan beraksi dalam PMPL MY/SG Musim Kedua pada 18 Ogos nanti.

Yoodo Gank merupakan antara 15 pasukan jemputan PUBG Mobile Malaysia yang menerima jemputan terus ke liga terbesar di Malaysia itu.

PMPL MY/SG menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000).

Kejohanan itu mengumpulkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved