Connect with us

PUBG Mobile

PMPL:Hahagus dedah sebab Jumper tidak bermain minggu pertama

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Jurulatih pasukan Yoodo Gank, Agusalim Amran (Hahagus) baru-baru ini mendedahkan sebab pemain bintang mereka, Izzrudin Hashim (Jumper) tidak bermain pada minggu pertama Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Menurut Hahagus, Jumper memilih untuk berehat setelah tamat Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur sementara memberikan kapten pasukan Yoodo Gank, Aiman Amirul (Manparang) untuk bermain sebagai IGL pada minggu pertama kejohanan.

“Sebenarnya, Jumper hendak berehat seketika sehingga isteri Man (Manparang) bersalin.

“Kami mendapat berita bahawa isteri Manparang akan bersalin dalam masa yang terdekat dan Manparang akan berehat pada ketika itu.

“Dengan pengunduran kapten Manparang dalam barisan utama bagi seketika waktu, Jumper akan bermain bagi minggu ini (minggu kedua),” kata Hahagus dalam rancangan bual bicara eksklusif PMPL TalkShow pada Selasa.

Hahagus jelaskan ketiadaan Jumper dalam minggu pertama PMPL MYSG

Penjelasan Hahagus itu terus memadam persoalan dalam kalangan peminat mengenai status Jumper sebagai pemain dalam barisan utama pasukan nombor satu Asia Tenggara tersebut.

Hahagus juga berkata penukaran pemain sepanjang liga bukan sebab masalah dalaman yang berlaku terhadap pasukan nombor satu Asia Tenggara itu.

“Semua keputusan yang akan dilakukan dibincangkan oleh kelima-lima pemain Yoodo Gank berserta jurulatih.

“Sekiranya semua berpuas hati dengan cadangan yang dikemukakan, maka rancangan tersebut dijalankan,” tambah Hahagus.

Berikut adalah barisan utama pasukan Yoodo Gank yang akan bermain pada minggu kedua kejohanan PMPL MYSG:

  • Abdul Azim Ikrom (Draxx)
  • Ahmad Fuad Razali (Fredo)
  • Azmal Jasni (iNaoki)
  • Izzrudin Hashim (Jumper)

Pasukan Yoodo Gank kini berada di kedudukan keempat secara keseluruhan dengan 200 pungutan mata.

Barisan pemain yang dibarisi Jumper, Draxx, Fredo dan iNaoki bagi minggu kedua itu menduduki tempat ke-11 bagi hari pertama minggu kedua apabila berjaya mengutip 22 mata di samping 11 mata bunuh.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Ia melibatkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved