Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Yoodo Gank sebagai Team MVP? Ini sebabnya

Published

on

Pasukan Yoodo Gank meraih Pasukan Terbaik MVP pada minggu pertama berikutan prestasi mereka. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) telah selamat berlangsung selama seminggu di IO Esports Arena baru-baru ini.

Pada minggu pertama itu menyaksikan Team Secret berada di ranking pertama ketika ini dengan kutipan 379 mata secara keseluruhan diikuti BAPAK AH Esports 361 mata dan Yoodo Gank 320 mata.

RANKING PENUH MINGGU PERTAMA

Selepas 36 perlawanan PMPL MY/SG berlangsung, pemain Team Secret Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) turut dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik (MVP) pada minggu pertama dengan rekod pencapaian secara keseluruhan 87.7 mata.

Sementara itu, pasukan Yoodo Gank juga meraih Pasukan Terbaik MVP pada minggu pertama berikutan prestasi mereka.

Namun begitu, timbul persoalan dalam kalangan peminat PUBG Mobile mengenai pemilihan Yoodo Gank itu kerana mereka beranggapan ia akan menjadi milik Team Secret, terutama apabila Team Secret yang mendominasi carta ranking mata terkumpul ketika ini.

BACA: PMPL – Kami banyak buat silap, tak beraksi dengan baik – Man Parang

Pengurus Projek bagi PMPL MY/SG Scott Ng berkata pemilihan Yoodo Gank itu mengambil kira beberapa faktor secara keseluruhan. 

“Pemilihan diundi oleh semua staff yang terlibat dalam kejohanan ini yang melibatkan kerjasama, kreativiti dan mutu persembahan sesebuah pasukan,” katanya ringkas kepada What’s The Meta Today.

Selepas 6 hari perlawanan PMPL MY/SG, pasukan Yoodo Gank mendapat jumlah kemusnahan sebanyak 26,482 mata, 134 mata bunuh, 9897 mata penyembuhan, 43 mata menyelamat, bertahan selama 41 jam dan 26 minit serta meraih Chicken Dinner sebanyak 4 kali.

Berikutan itu, Yoodo Gank memperoleh markah pencapaian sebanyak 67 mata secara keseluruhan.

Selepas diumumkan sebagai pemenang, pemain Yoodo Gank, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) mengakui dia terkejut.

“Kami tak menjangkakan perkara ini (memenangi MVP). Alhamdulillah, terima kasih,” katanya kepada hos Nik Harris dalam satu temu bual selepas dinobatkan sebagai pasukan terbaik.

BACA: PMPL: Jujurnya, susah nak menyesuaikan diri dengan PUBG Mobile – Fredo

Berbaki lagi dua minggu, liga utama Malaysia dan Singapura itu kembali berlangsung pada esok.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved