Connect with us

PUBG Mobile

PMPL – Kami banyak buat silap, tak beraksi dengan baik – Man Parang

Published

on

Man Parang merupakan kapten pasukan Yoodo Gank. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Kapten bagi pasukan PUBG Mobile Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang) tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Aiman berkata Yoodo Gank banyak melakukan kesilapan pada minggu pertama liga profesional itu.

“Kami tidak beraksi dengan baik dan banyak melakukan kesilapan,” kata Aiman dengan ringkas.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan hos PMPL MY/SG Nik Haris dalam satu temu bual selepas pasukannya Yoodo Gank memenangi Anugerah Pasukan Terbaik (MVP) Minggu ini.

Selepas 6 hari perlawanan PMPL MY/SG, pasukan Yoodo Gank mendapat jumlah kemusnahan sebanyak 26,482 mata, 134 mata bunuh, 9897 mata penyembuhan, 43 mata menyelamat, bertahan selama 41 jam dan 26 minit serta meraih Chicken Dinner sebanyak 4 kali.

Menerusi kemenangan Anugerah Pasukan Terbaik (MVP) pada minggu itu, Yoodo Gank bakal membawa pulang kira-kira RM5,000 (AS$1,200).

Dalam temu bual kemenangan itu, Nik Harris turut bertanyakan kepada Man Parang apakah motif disebalik kelakuan misterinya yang dilihat jarang melemparkan senyuman ketika berada di set PMPL MY/SG.

“Adakah itu satu taktik untuk menakutkan pihak lawan?” tanya Nik Haris.

Aiman menidakkan soalan itu dan menjawab yang dia sebenarnya kecewa dengan prestasi Yoodo Gank yang tidak beraksi dengan baik.

“Sekurang-kurangnya anda berseronok juga apabila dalam liga ini, bukan?” Nik Harris bertanya kembali.

Man Parang kemudiannya menjawab:”Tidak juga.”

Secara keseluruhan, Yoodo Gank berada di tangga ketiga dengan 320 mata sekarang ini, berada di belakang BAPAK AH Esports dengan 361 mata dan Team Secret MY dengan 379 mata.

Berbaki lagi dua minggu, liga utama Malaysia dan Singapura itu kembali berlangsung pada Selasa ini.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved