Connect with us

PUBG Mobile

PMPL – Yoodo Gank, EVOS VIP akan mula bermain hari ini

Published

on

Kedua-dua pasukan Yoodo Gank dan EVOS VIP dalam kumpulan C PMPL MY/SG.

KUALA LUMPUR – Dua pasukan elit PUBG Mobile tanah air, Yoodo Gank dan EVOS VIP bakal memulakan pertarungan dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) pada hari ini.

Kedua-dua pasukan yang berada dalam kumpulan C PMPL MY/SG itu akan melalui enam pusingan peta pada hari ini iaitu:

Pusingan 1 – Vikendi
Pusingan 2 – Miramar
Pusingan 3 – Erangel
Pusingan 4 – Sanhok
Pusingan 5 – Miramar
Pusingan 6 – Erangel

Selain Yoodo Gank dan EVOS VIP, pasukan yang berada dalam Kumpulan C termasuk Geek Fam,  Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, dan XPERT MY Esport.

Pada hari ini juga melibatkan saingan dari Kumpulan B yang terdiri daripada Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX dan Team NoRecoil.

Pada semalam, Bapak Ah Esports beraksi dengan baik dan menduduki ranking pertama ketika ini dengan 111 mata secara keseluruhan.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile setiap hari kecuali Isnin bermula jam 3 petang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved