Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: CEO Boyka kembali ke gelanggang maya, Bigetron Malaysia raih Chicken Dinner pertama

Published

on

Boyka dan Bigetron Malaysia raih 1 Chicken Dinner pada perlawanan hari pertama PMPL semalam. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Malaysia, Khairunnazri Masli (Boyka) membuat kejutan apabila kembali bertarung dalam arena kompetitif e-sukan PUBG Mobile pada malam tadi.

Boyka membuat kemunculan kembali sebagai pemain profesional dalam satu perlawanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Menurut Boyka, dia sebenarnya kurang melakukan persiapan berbanding anak-anak buahnya untuk bertanding dalam liga itu.

“Pemain-pemain lain lebih melakukan persiapan berbanding saya sebelum liga ini bermula kerana saya perlu memberi tumpuan kepada bahagian pengurusan.

“Saya bersyukur kerana Bigetron banyak membantu dan saya berterima kasih kepada mereka kerana memberi kepercayaan kepada saya,” kata Boyka kepada hos PMPL selepas memenangi Chicken Dinner pada pusingan Vikendi semalam.

Boyka berkata pertarungan dalam pusingan Vikendi itu adalah lebih kepada percaturan masa yang lebih baik untuk masuk menyerang pihak lawan.

Sementara itu, Boyka turut menamakan Team Secret dan Yoodo Gank sebagai pasukan yang akan memberi persaingan ketat dalam PMPL MY/SG.

Selain Boyka, Bigetron Malaysia terdiri daripada Albar Fahreza (Hijrah), Mohammad Zulfadli Abdul Rahman ZullyxGaming, Kevin Kay Meng Chuan (KevinxGaming) dan Mohammad Naim Wahid (Naeem).

Boyka dan Bigetron Malaysia ketika ini berada di ranking kedua ketika ini dengan 95 mata secara keseluruhan.

Bigetron berada dalam kumpulan A, bersama pasukan Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile setiap hari kecuali Isnin bermula jam 3 petang.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved