Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Bapak Ah Esports ungguli hari pertama dengan 111 mata

Published

on

Dalam enam pusingan yang berlangsung pada hari ini, Bapak Ah berjaya mendapat 111 mata secara keseluruhan dengan 1 Chicken Dinner di peta Sanhok.

KUALA LUMPUR – Pasukan kompetitif PUBG Mobile tanah air, Bapak Ah Esports (Bapak Ah) menduduki kedudukan pertama bagi hari pertama, minggu pertama Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Dalam enam pusingan yang berlangsung pada hari ini, Bapak Ah berjaya mendapat 111 mata secara keseluruhan dengan 1 Chicken Dinner di peta Sanhok.

Meski perubahan barisan pemain dilakukan sebelum liga bermula, ia sama sekali tidak mengganggu mutu persembahan pasukan Bapak Ah secara keseluruhan berikutan pengalaman pemain-pemain di pentas antarabangsa sebelum ini.

Berikut adalah barisan utama pemain Bapak Ah ketika ini:

  • Aqil Yusli – Six
  • Mohamad Nazeri Shahrin Affan – Trixnity
  • Muhammad Danny Irfan Bakri -Jenny
  • Mohamad Harith Iskandar Badrul Hisham – Bard

Dua daripada pemain Bapak Ah turut terpilih sebagai 5 pemain terbaik pada hari ini iaitu Trixnty dan Jenny.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan hari ini, yang melibatkan 16 pasukan dari kumplan A dan Kumpulan B: 

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Saksikan pertarungan antara pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia menerusi Facebook PUBG Mobile.

Perlawanan esok akan bermula jam 3 petang antara kumpulan B dan Kumpulan C.

Berikut adalah pembahagian kumpulan pasukan-pasukan PUBG Mobile dalam PMPL MY/SG:

Kumpulan A:

Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood

Kumpulan B:

Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil

Kumpulan C:

Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved