Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Senarai penuh pasukan MY/SG yang layak ke peringkat liga

Published

on

Pasukan yang mana bakal mendapatkan satu slot di Liga Dunia?

KUALA LUMPUR – E-sukan PUBG Mobile hari ini mengumumkan lapan pasukan Malaysia yang mendapat jemputan terus ke Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Malaysia dan Singapura 2020.

Menerusi pengumuman itu melengkapkan senarai penuh pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam liga tersebut.

Berikut adalah 24 pasukan PUBG Mobile Malaysia dan Singapura yang akan bersaing dalam PMPL Musim Pertama:

  • Yoodo Gank
  • Bigetron AROV
  • Bapak Ah Esports
  • Team Secret MY
  • Geek Fam
  • EVOS VIP
  • FV Unbeatable Gaming
  • Traitor Esport
  • NED Brotherhood
  • Resurgence MY
  • Xpert MY
  • MrekingXP
  • Team No Recoil
  • Axis MPX
  • NED Proyecto X
  • ESG Gaming
  • Tone Wow Esports
  • Dingoz Mz
  • MRE Syndicate
  • Boss Weh
  • Impunity Kage
  • Steel Heart Esports
  • DivinityEsports
  • Team H20

Bagi format peringkat liga peringat kebangsaan ini, difahamkan 24 pasukan ini akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C.

Setiap kumpulan itu merangkumi 8 pasukan.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved