Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Adakah Boyka akan kembali beraksi?

Published

on

Lebih sekadar CEO, adakah Boykan beraksi dalam PMPL nanti? - Foto Bigetron Malaysia

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan Bigetron Malaysia baru-baru ini telah mendedahkan barisan utama dan bahagian pengurusan mereka.

Bigetron Malaysia mengumumkan bekas pemain Bigetron ION dari Indonesia Albar Fahreza (Hijrah) akan menyertai pasukan itu bersama Zulfadli Abdul Rahman (ZullyxGaming), Kevin Kay Meng Chuan (KevinxGaming) dan Mohammad Naim Wahid (Naeem).

Dalam satu gambar yang dimuat naik pada 25 Februari, Bigetron mengumumkan Hijrah akan bertindak sebagai Rusher, Kevin sebagai Scout, Naeem sebagai Support dan Zully sebagai Fragger.

Bagaimanapun, gambar tersebut tidak menyatakan siapa yang akan menjadi kapten bagi pasukan itu.

What’s The Meta Today cuba mendapatkan komen dari Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairunnazri Masli Boyka, dan ini jawapan ringkas darinya: “Nantikan kejutan”

Sebelum bergelar seorang CEO, Boyka merupakan jurulatih kepada juara dunia PMCO Musim Luruh 2020, Bigetron RA dan pemain profesional bagi pasukan tanah air AROV Esports.

Pada tahun lalu, Boyka bersama AROV Esports berjaya meraih tempat kedua kejohanan kebangsaan PUBG Mobile National Championship 2019 dua kali berturut-turut.

Pada 23 Februari, Bigetron Esports secara rasmi menubuhkan cawangannya tersendiri di negara ini yang dikenali sebagai Bigetron Malaysia.

Bigetron Malaysia merupakan antara pasukan elit PUBG Mobile tanah air yang mendapat undangan ke Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG)  yang akan berlangsung pada bulan depan.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved