Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Pengurus Obot harap Boss Weh dapat pergi lebih jauh

Published

on

Obot berharap Boss Weh dapat berikan yang terbaik pada PMPL nanti. - Foto fail

KUALA LUMPUR –  Tiada apa yang diharapkan melainkan urusan pasukan PUBG Mobile Boss Weh dipermudahkan, kata pengurus Zulfikar Kene (Obot).

Obot berkata meski ketiadaan jurulatih bagi pasukannya ketika ini, Boss Weh  kini bergantung dengan pengamalan yang sedia ada, sepanjang penglibatan dalam e-sukan PUBG Mobile. 

“Saya mengharapkan mereka cuba yang terbaik dan akan melepasi ke peringkat yang seterusnya. 

“Saya akan memastikan mereka menjalani latihan denga baik. Buat masa ini, mereka memang tiada jurulatih lagi dan masih berlatih sendiri.

“Jadi dengan ketiadaan jurulatih, mereka akan berkongsikan pendapat dan strategi berdasarkan pengalaman masing-masing,” kata Obot kepada What’s The Meta Today.

BACA: Obot, Fredo terajui skuad PUBGM Bosskurr

Boss Weh adalah antara 24 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang akan bermula esok.

Barisan utama Boss Weh termasuk:

  • Mozart
  • Palex
  • Brada
  • Paindeck
  • Hanx

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved