Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: RSG ambil bekas pemain pro PUBG PC, Churchill sebagai jurulatih

Published

on

Churchill (atas, dua dari kiri) sebelum ini pernah menyertai kejohanan PUBG PC di peringkat antarabangsa termasuk Kejohanan Minor Legion of Champions IV 2019 bersama Gaventure. - Foto Resurgence

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Resurgence (RSG) kini mendapat khidmat bekas pemain profesional PUBG PC, Churchill Ensir Anak Tampler Salang sebagai jurulatih pasukan itu.

Pengurus pasukan Resurgence (RSG) Aaron Chan (Qontra) berkata Churchill memberikan peranan yang sangat berkesan dalam menganalisis corak permainan untuk membaiki mutu persembahan pasukan itu.

“Pengetahuan mendalam, kepimpinan dan disiplin yang ada pada Churchill menjadikan dia sebagai satu contoh yang baik ketika menjadi kapten pasukan PUBG PC Gaventure satu ketika dahulu.

“Selepas bersara dengan PUBG PC, Churchill beralih kepada e-sukan mudah alih dan membantu pemain-pemain dari segi taktikal, strategi dan disiplin yang bersesuaian,” kata Qontra kepada What’s The Meta Today.

Churchill sebelum ini pernah menyertai kejohanan PUBG PC di peringkat antarabangsa termasuk Kejohanan Minor Legion of Champions IV 2019 bersama Gaventure.

Pasukan Gaventure juga pernah menyertai kejohanan JIB PUBG Asia Tenggara 2018 dan Kejohanan PUBG Malaysia dan Singapura 2018.

Kini, Churchill bakal memberi tumpuan untuk menggilap bakat-bakat baharu dalam pasukan PUBG Mobile Resurgence yang terdiri daripada :

  • Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (IronPRO)
  • Alexis Aw Chee Loong (SmallBoY)
  • Muhammad Imran Rosli (Vokey)
  • Jay Lim Jarn Jiang (Y2K)

Pasukan Resurgence akan bersaing berada di kumpulan B dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2019 yang akan bermula pada jam 2.30 nanti.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved