Connect with us

PUBG Mobile

‘Ngauman’ EVOS Esports terus garang di Malaysia, kolaborasi bersama VIP Squad

Published

on

VIP Squad akan dikenali sebagai EVOS VIP mulai hari ini. Barisan utama pemain PUBG Mobile EVOS VIP adalah Yakuza, Apick, Hyqul dan Razor.

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan Asia Tenggara EVOS Esports hari akan ‘melebarkan sayapnya’ di Malaysia dengan menjalankan satu kolaborasi bersama juara Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019, Victorious In Play (VIP Squad).

EVOS Esports berkata pasukan VIP Squad kini akan dijenamakan semula sebagai EVOS VIP dan akan bersaing di bawah nama EVOS untuk kejohanan akan datang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, EVOS VIP turut memperkenalkan barisan utama pemain mereka, iaitu:

  • Muhammad  Afiq (Yakuza)
  • Muhammad Syafiq (Apick)
  • Ahmad Danial Haiqal (Hyqul)
  • Wan Muhammad Irfan (Razor)

EVOS Esports berkata pihak mereka yakin kerjasama yang dijalinkan bersama VIP Squad merupakan satu cara terbaik untuk menceburi industri e-sukan di Malaysia.

Jelas EVOS Esports, mereka juga akan melabur secara perlahan-lahan menerusi kerjasama itu untuk membina satu nama yang kukuh di Malaysia.

EVOS Esports merupakan satu organisasi e-sukan yang ditubuhkan pada 2017 dan beroperasi di lima buah negara dengan 15 pasukan serta lebih 60 pemain berada di bawah naungannya.

Antara skuad kompetitif e-sukan yang berada di bawah organisasi EVOS Esports termasuk Arena of Valor, Dota 2, League of Legends, Mobile Legends, Point Blank, Fortnite Battle Royale, Point Blank & FIFA. 

Sementara itu bagi VIP Squad, mereka dilihat sebagai antara pasukan elit PUBG Mobile di Malaysia berikutan rekod pencapaian yang diraih setakat ini.

Pada Disember tahun lalu, VIP Squad terpilih untuk mewakili Malaysia ke PMSC 2019 di Riyadh, Arab Saudi yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Sementara itu, pada Oktober 2019, VIP Squad melayakkan diri ke Grand Final Asia Tenggara PMCO Fall Split yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

VIP Squad berjaya meraih slot ke Grand Final itu selepas berjaya meraih kedudukan ke-16 dalam peringkat Liga PMCO Fall Split, yang berlangsung selama empat minggu di Shanghai China.

VIP Squad juga sebelum ini pernah menjadi juara bagi Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved