Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Scrim: Utamakan terawih, uHigh akan diganti SmallBoY untuk setiap pusingan pertama

Published

on

Small Boy ganti uHigh untuk pusingan pertama scrim PMPL SA vs SEA.

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Team Secret Malaysia, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) akan digantikand dengan pemain Resurgence Malaysia Alexis Aw Chee Loong (SmallBoY) bagi perlawanan persahabatan (scrim) antara pasukan-pasukan Liga Profesional Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Perkara itu disahkan pengurus Team Secret Malaysia, Parthiban Petchayappen (OnTheGo) kepada What’s The Meta Today seketika tadi.

Menurut OnTheGo, uHigh akan digantikan SmallBoY untuk setiap pusingan pertama sahaja dalam scrim itu.

“SmallBoY akan main game pertama bagi hari ini dan esok. Uhigh akan menyertai semula selepas dia selesai solat Tarawih,” katanya.

Scrim antara pasukan PMPL Asia Selatan dan Asia Tenggara akan berlangsung selama tiga minggu.

Pada minggu ini, perlawanan itu akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 24-26 April.

Perlawanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM13,000 dan disiarkan secara langsung di Facebook PUBG Mobile bermula jam 9 malam waktu Malaysia.

Wakil Malaysia, Team Secret MY yang berada dalam kumpulan C pada minggu ini akan beraksi pada hari ini dan esok.

Ketika ini, juara dunia Bigetron Red Aliens menduduki tempat teratas dengan 91 mata.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved