Connect with us

PUBG Mobile

Aman Team SouL ‘diserang’ netizen selepas tembak crate Luxxy?

Published

on

Tindakan Aman dalam scrim semalam mengundang kontroversi selepas dia melepaskan kira-kira 65 peluru ke arah crate Luxxy, walaupun Luxxy telah dihantar ke lobi. - Foto Facebook / PUBG Mobile

AKAUN Instagram pemain profesional PUBG Mobile dari pasukan India, Team Soul, Aman Jain (Aman) dilihat ‘diserang’ netizen sejak malam tadi.

Perkara itu difahamkan berikutan tindakan Aman menembak crate (peti yang muncul selepas pemain dibunuh) milik pemain Bigetron Red Aliens, Made Bagus Prabaswara Luxxy dalam satu perlawanan persahabatan (scrim) antara pasukan Liga Profesional Asia Selatan dan Asia Tenggara semalam.

Situasi yang berlaku pada minit kelima perlawanan itu pada awalnya menyaksikan pertembungan antara Team SouL dan juara dunia PMCO di Pecado.

Rakan sepasukan Aman, Parv Singh (ReGaLToS) berjaya membunuh dua pemain BTR, Microboy (Nizar Lugatio Pratama) dan Ryzen (Muhamad Albi) yang cuba merusuh ketika menaiki tangga.

Selang beberapa saat kemudian, Luxxy berjaya mendapatkan pemain support Team SouL Yash Paresh Soni (VipeR) yang berada di bahagian bawah.

Tindakan Luxxy itu mengundang maut apabila kedudukannya diketahui Aman.

Dalam situasi itu, Team SouL meratakan kesemua pemain Bigetron RA sehingga juara PMCO itu too soon dalam pusingan Miramar.

Namun tindakan Aman selepas itu mengundang kontroversi selepas dia melepaskan kira-kira 65 peluru ke arah crate Luxxy, walaupun Luxxy telah dihantar ke lobi.

LIHAT: VIDEO AMAN TEAM SOUL SERANG CRATE LUXXY

Berikutan tindakan Aman dalam scrim rasmi PUBG Mobile itu, ia mengundang pelbagai komen dan kritikan dari warganet yang ‘menyertang’ akaun Instagramnya.

Pada perlawanan scrim semalam,  Bigetron RA berjaya berada di tempat pertama dengan 91 mata dan sempat mengutip satu Chicken Dinner di Vikendi

Manakala Team SouL sekadar selesa di tempat kesembilan dengan 41 mata.

Scrim antara pasukan PMPL Asia Selatan dan Asia Tenggara akan berlangsung selama tiga minggu.

Pada minggu ini, perlawanan itu akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 24-26 April.

Perlawanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM13,000 dan disiarkan secara langsung di Facebook PUBG Mobile bermula jam 8 malam waktu Malaysia.

Wakil Malaysia, Team Secret MY yang berada dalam kumpulan C pada minggu ini akan beraksi pada hari ini dan esok.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved