PUBG Mobile
Tukar TPP kepada FPP dalam smoke, Tencent akan baiki glic pada Mei

PEMBANGUN e-sukan PUBG Mobile, Tencent akan membaiki masalah glic (gangguan rawak atau sementara) yang berpunca dari pertukaran mod TPP (Perspektif Pandangan Ketiga) kepada FPP (Perspektif Pandangan Pertama) dalam kepulan asap pada bulan hadapan.
Tencent berkata pihaknya akan mengutamakan untuk membaiki masalah itu memandangkan ia memberi impak kepada kejohanan rasmi e-sukan PUBG Mobile.
“Kami berhasrat untuk menyelesaikan masalah itu pada kemas kini yang akan datang pada bulan Mei nanti,” kata Tencent.
Tencent berkata demikian pada Khamis bagi mengulas kutipan mata pasukan Nepal, Elementrix dalam satu scrim (perlawanan persahabatan) Asia Selatan pada minggu lalu.

Dalam scrim tersebut, Elementrix meraih tempat kedua dan membawa pulang kira-kira RM870 (AS$200).
Jelas Tencent, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan bagi mana-mana pasukan yang menggunakan glic itu dalam perlawanan sebelum ini.
“Kami tidak akan mengambil tindakan dan berdasarkan peraturan dari pihak kami, Tencent akan mengekalkan keputusan scrim ini.
“Ini bermaksud, mata yang dikumpul Elemntrix dalam PMPL Perlawanan Scrim Asia Selatan Musim Kedua kekal dan akan diberi pampasan wang kemenangan tambahan,” tambahnya.
Menurut Tencent, mereka mahu berikan terbaik untuk memberikan pengalaman bermain permainan video yang memuaskan kepada semua pemain.