Connect with us

PUBG Mobile

Mortal dilenyek uHigh, pengulas Indonesia terdiam 6 saat

Published

on

AKSI pemain profesional Team Secret MY Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dalam perlawanan persahabatan (scrim) antara pasukan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Asia Selatan dan Asia Tenggara semalam mengundang pelbagai reaksi.

Skil pemanduan uHigh yang melanggar pemain pasukan India Team SouL, Naman Sandeep Mathur (Mortal) dalam satu pusingan di Miramar itu menyebabkan pengulas Indonesia, Riantoro Yogi (Bro Pasta) dan Florian George (Wolfy) terdiam selama kira-kira 6 saat.

“Sadis bangat,” kata Bro Pasta bagi memecahkan ruang sunyi.

“Uhigh gila,” sambut Wolfy yang seakan-akan terkejut dengan aksi uHigh itu.

Pada semalam, kapten Team Secret MY Jiunn Jike Kow (BiuBiu) dilihat berdepan pertempuran satu lawan satu dengan Mortal di peta Miramar itu.

Mortal yang dilihat sedang mengengsot secara perlahan, cuba membaling bom ke arah BiuBiu yang bersembunyi di belakang kereta.

Meski sempat membaling bom, malang tidak berbau buat Mortal apabila terus ‘dilenyek’ uHigh yang muncul secara tiba-tiba menggunakan kenderaan UAZ.

Mortal terus ‘leper’ dan mati begitu sahaja.

Scrim PMPL Asia Selatan dan Asia Tenggara akan memasuki hari ketiga pada ini hari ini yang bakal melibatkan kumpulan B & C. 

Satu-satunya wakil Malaysia, Team Secret MY yang berada dalam kumpulan C akan beraksi pada jam 9 malam nanti.

Ketika ini, juara dunia Bigetron Red Aliens menduduki tempat teratas dengan 155 mata.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved