Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Scrim: Asia Tenggara lagi hebat

Published

on

Hanya 4 pasukan Asia Tenggara yang menyertai scrim itu dan berjaya menduduki 16 pasukan teratas. Bigetron Red Aliens (gambar) muncul sebagai juara. - Foto fail

PERLAWANAN persahabatan (scrim) antara pasukan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Asia Selatan dan Asia Tenggara pada hujung minggu lalu menyaksikan 24 pasukan berentap mempamerkan kehebatan masing-masing.

Meski hanya empat pasukan Asia Tenggara yang menyertai scrim itu, ia tidak sama sekali memberi laluan sukar buat gergasi-gergasi PUBG Mobile Indonesia, Malaysia dan Thailand untuk berada sekurang-kurangnya dalam kelompok 16 pasukan terbaik.

Juara PMCO 2019, Bigetron Red Aliens (Indonesia) terus gah menunjukkan siapa raja di gelanggang PUBG Mobile apabila menduduki tempat pertama dengan 155 mata.

Menerusi kemenangan dalam scrim yang berlangsung selama tiga hari itu, Bigetron Red Aliens membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM6,500.

Sementara itu, tiga lagi pasukan Asia Tenggara, ILLUMINATE The Murder (Thailand) berada di tangga ke-4 (125 mata) ⁣, Team Secret (Malaysia) berada di tangga ke-11 (94 mata) ⁣dan Morph Team (Indonesia) di tangga ke-13 (75 mata).⁣⁣

Bagi ranking pemain yang mengumpul mata bunuh terbanyak, Jonathan Jude Amaral (Jonathan) dari pasukan India TSM-Entity, berada di tempat pertama dengan 25 kills.

Sementara itu bagi ranking pemain yang mencetuskan kemusnahan terbanyak (damage dealer) diterajui pemain ILLUMINATE The Murder Tinnapop Benjawong (Martin) dengan 4566 mata kemusnahan.

Ranking Kill Leaders PMPL SCRIM SE VS PMPL SEA 2020
Damange Dealers PMPL SCRIM SE VS PMPL SEA 2020
Grenade Killers PMPL SCRIM SE VS PMPL SEA 2020

Pasukan-pasukan Asia Selatan turut mencipta beberapa rekod dalam scrim itu, antaranya Fnatic merekodkan pengumpulan Chicken Dinner terbanyak (tiga kali) dan Orange Rock, yang berada di kedudukan lima teratas tanpa Chicken Dinner.

Berikut adalah senarai kutipan Chicken Dinner sepanjang scrim itu berlangsung:

Hari Pertama, 24 April 2020 (Jumaat)

  • Map 1 – Erangel – Instinct Esports ????????⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Map 2 – Sanhok – TeamIND ????????⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Map 3 – Miramar – UMumba eSports Rxn ????????⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Map 4 – Vikendi – Bigetron Red Aliens ???????? ⁣⁣
  • Map 5 – Erangel – Illuminate the Murder ???????? ⁣

Hari Kedua, 25 April 2020 (Sabtu)

  • Map 1 – Erangel – PowerHouse ????????⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Map 2 – Sanhok –  Megastars
  • Map 3 – Miramar – FNATIC ???????? 
  • Map 4 – Vikendi – FNATIC ???????? (Chicken Dinner Kedua)
  • Map 5 – Erangel – Bigetron Red Aliens ???????? ⁣⁣ (Chicken Dinner Kedua)

Hari Ketiga, 25 April 2020 (Ahad)

  • Map 1 – Erangel – Fnatic ???????? ⁣⁣⁣⁣⁣⁣(Chicken Dinner Ketiga)
  • Map 2 – Sanhok – TeamIND ???????? 
  • Map 3 – Miramar – Team Tamilas ???????? 
  • Map 4 – Vikendi –  TSM-Entity ???????? 
  • Map 5 – Erangel – Megastars ???????? (Chicken Dinner Kedua)

Scrim PMPL Asia Selatan dan Asia Tenggara dibawakan oleh Tencent, yang disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved