Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SA: TSM kutip 3 Chicken Dinner berturut-turut, Soul masih di tangga ke-13

Published

on

Pemain TSM Entity, Jonathan Jude Aramal (Jonathan) turut berada di ranking teratas bagi carta pembunuh terbaik Final PMPL SA setakat ini dengan kutipan 27 kills. - Foto Instagram / Jonathan

TIGA CHICKEN DINNER berturut-turut!

Itu adalah satu rekod baharu yang dilakukan pasukan PUBG Mobile India, TSM Entity pada peringkat Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Selatan (PMPL SA) pada malam tadi.

Berikutan kutipan Chicken Dinner itu, kedudukan TSM Entity melonjak naik dari tangga ke-10 ke tangga pertama.

Pada hari petama Final PMPL SA, TSM Entity bermula dengan tidak baik apabila hanya sekadar mengutip 42 mata.

Namun pasukan itu mula kembali bangkit pada semalam, selepas memenangi Chicken Dinner dalam pusingan kedua di Erangel, hari kedua Final PMPL SA dengan 13 kills.

Mereka terus mengutip mata kemenangan Chicken Dinner pada pusingan berikutnya yang berlangsung di Sanhok dengan 14 kills dan di Vikendi dengan 21 kills.

Selepas lima pusingan berlangsung semalam, TSM Entity berjaya memungut 176 mata secara keseluruhan, hasil daripada 3 Chicken Dinner dan 83 kills.

Pasukan itu kini mendahului 50 mata di hadapan penyandang tempat kedua, Celtz.

Berikut adalah kutipan Chicken Dinner Hari Kedua Final PMPL SA:

Map 1 – Erangel – SynerGE
Map 2 – Miramar – TSM Entity
Map 3 – Sanhok – TSM Entity
Map 4 – Vikendi – TSM Entity
Map 5 – Erangel – MegaStars

Sementara itu, dua pemain TSM Entity, Jonathan Jude Aramal (Jonathan) dan Vivek Abhas (TSM EntClutchGod) turut berada di ranking teratas bagi carta pembunuh terbaik Final PMPL SA setakat ini dengan masing-masing mengutip 27 kills.

Meski beraksi dengan sangat baik pada hari kedua Final PMPL SA, TSM Entity sudah pun mengunci slotnya ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) pada minggu lalu selepas menyudahi PMPL SA peringkat liga di tempat kedua.

Pasukan-pasukan yang bertanding dalam Final PMPL SA kini mensasarkan dua slot lagi yang sediakan ke PMWL dan setakat ini hanya Celtz, Megastars serta Team IND yang dilihat mempunyai peluang cerah untuk beraksi di peringkat global.

Pasukan pilihan Fnatic dan Team Soul pula dilihat perlu bekerja keras untuk mendapatkan slot itu apabila masing-masing berada di kedudukan tidak selesa ketika ini iaitu di tempat kelapan dan ke-13.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved