PUBG Mobile
PMPL MY/SG: Ranking terkini 4 April

KUALA LUMPUR – Selepas melalui 12 perlawanan dengan 72 pusingan, pasukan PUBG Mobile tanah air, Bapak Ah Esports mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama yang mencecah lebih 1000 mata dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).
Bapak Ah Esports mencatat rekod tersebut pada malam tadi, selepas mengutip 3 Chicken Dinner pada perlawanan kumpulan B dan C hari ini.
Pasukan itu mengumpul 1030 mata secara keseluruhan dengan 11 Chicken Dinner.
Bapak Ah Esports kini memintas Team Secret MY, dengan 91 mata dihadapan.
Berikut adalah ranking keseluruhan terkini, setakat 4 April, 9 malam:
- Bapak Ah Esports – 1030 mata
- Team Secret MY – 939 mata
- Yoodo Gank – 911 mata
- NED Brotherhood – 836 mata
- Bigetron MY – 742 mata
- Resurgence MY – 740 mata
- Geek Fam – 734 mata
- Dingoz Esports – 705 mata
- Last Survivor R2K – 686 mata
- Team No Recoil – 664 mata
- Xpert MY – 630 mata
- Axis MPX – 623 mata
- TARA Proyecto X – 617 mata
- ESG Gaming – 587 mata
- EVOS VIP – 568 mata
- FV Unbeatable Gaming – 550 mata
- Tone Wow Esports – 483 mata
- Team Bosskurr – 457 mata
- Impunity SG – 369 mata
- MRE Syndicate – 365 mata
- Steel Heart Esports – 360 mata
- DivinityEsports – 273 mata
- Traitor Esport – 271 mata
- Team H20 – 252 mata
Peringatan: Hanya kumpulan B sudah melalui 12 perlawanan manakala kumpulan A&C hanya melalui 11 perlawanan setakat hari ini.

Berikut adalah pembahagian 24 pasukan kepada 3 kumpulan :
Kumpulan A:
Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood
Kumpulan B:
Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil
Kumpulan C:
Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport
Berbaki lagi 1 hari perlawanan di peringkat liga, saingan sengit dijangka akan terus berlaku terutama bagi pasukan-pasukan yang mengejar kedudukan tangga ke-16.
Hanya 16 pasukan teratas layak ke Grand Final PMPL MY/SG.
PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.
Juara bagi Grand Final PMPL MY/SG bakal mendapat peluang untuk beraksi di Liga Dunia menerusi Blok Timur.
Sementara itu 3 pasukan teratas Grand Final PMPL itu akan diberikan slot untuk bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.
Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.