Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: “Jangan ribut, Man Parang juga temanku” – Onic Matthew

Published

on

Matthew Mayo yang kini bersama Onic Esports kini sedang beraksi dalam Grand Final PMPL Indonesia. - Foto Instagram / @Onic.Matthew

PEMAIN profesional PUBG Mobile bagi pasukan Indonesia Onic Esports, Matthew Mayo memberi nasihat kepada komuniti e-sukan agar tidak mengeruhkan keadaan dan menghormati semangat persaudaran antara Malaysia dan Indonesia.

Matthew berkata pemain profesional dan kapten pasukan Yoodo Gank Aiman Mohd (Man Parang) juga merupakan sahabatnya.

“Yuk jangan ribut. Kita saudara. Man Parang juga temanku hehe,” kata ringkas Matthew dalam satu komen balas di Instagram WTM Today pada awal pagi tadi.

Matthew berkata demikian sebagai reaksi balas kepada seorang warganet yang membandingkan balingan bom Man Parang dan juga balingan bom Matthew dalam Liga Profesional Profesional (PMPL) yang berlangsung di negara masing-masing.

“Baru baling satu, musuh sudah jatuh. Balingan bom (Man Parang) hanya kena satu musuh.

“Berbeza dengan (balingan bom) Matthew yang mendapat tiga mata terus. Itu baru (balingan bom) yang sebenarnya,” kata warganet tersebut satu komen kepada satu video Instagram WTM Today.

Komen warganet itu bagaimana pun telah dipadam pada pagi tadi.

Pada semalam, Matthew yang kini sedang beraksi dalam Grand Final PMPL Indonesia melakukan beberapa balingan bom tepat yang akhirnya menyumbangkan Chicken Dinner kepada Onic Esports.

Pada bulatan akhir pusingan kelima di Miramar itu, Matthew secara sendirian mematikan tiga pemain RRQ dengan dua balingan bom bergaya itu.

Matthew dan Onic Esports kini berada di tangga ke-11 secara keseluruhan dengan satu kutipan Chicken Dinner dan mengutip 89 markah secara keseluruhan.

Sementara itu di PMPL MY/SG, Man Parang dan Yoodo Gank akan beraksi pada peringkat kumpulan A & C hari ini bagi hari terakhir peringkat musim liga.

Mereka kini berada di tangga ketiga dengan 911 mata.

Setakat 66 pusingan berlangsung, Yoodo Gank berjaya mengutip 12 Chicken Dinner setakat ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved