Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Uhigh Team Secret catat 152 kills, atasi rekod Ryzen Bigetron RA

Published

on

uHigh yang baru berusia 16 tahun dilihat mempunyai potensi besar dalam arena e-sukan.

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret MY, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) mencatat rekod 152 mata bunuh (kills) dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) pada semalam.

uHigh memperoleh catatan sedemikian selepas melalui 66 pusingan peringkat liga itu.

Menerusi kutipan mata bunuh itu, uHigh sekali gus mencatas rekod  pemain Indonesia dari Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) Muhammad Albi (Ryzen), yang mengutip 145 mata bunuh sepanjang musim liga PMPL Indonesia berlangsung.

Pada minggu pertama, anugerah Pemain Terbaik (MVP) diberikan kepada uHigh dengan rekod 64 mata bunuh.

BACA: uHigh berlatih 2,000 peluru sehari, dipilih sebagai MVP Minggu Pertama

Meski tidak mendapat anugerah MVP pada minggu berikutnya, uHigh mengumpul 112 mata bunuh, iaitu 17 mata di hadapan pemain Geek Fam  Mohd Irzam Aman Mohd Zaini  (damRUDE) dengan rekod 95 mata bunuh.

Apabila minggu ketiga kembali berlangsung, uHigh mencatat 11 mata bunuh pada Selasa, 9 mata bunuh pada Khamis dan 20 mata bunuh pada Khamis. Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 152 mata bunuh setakat ini.

uHigh dijangka akan mencipta rekod baharu lagi apabila dia mempunyai 6 lagi pusingan yang perlu dimainkan pada Ahad ini bagi perlawanan kumpulan A dan kumpulan C.

Sebelum ini uHigh pernah berkata dia berjaya mendapat mata bunuh itu juga adalah kerana kerjasama rakan-rakan sepasukannya iaitu Jiunn Jike Kow (BiuBiu), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Raymon Tan (iSH0TZ).

“Mereka akan meletakkan posisi saya di hadapan dan menyokong dari belakang. Kemudian saya akan (pergi ke depan) dengan seorang diri,” katanya ringkas dalam satu temu bual PMPL MY/SG.

uHigh dan Team Secret kini berada di ranking pertama 939 mata. Mereka turut berjaya mengutip 12 Chicken Dinner setakat ini.

BACA: Ranking terkini PMPL MY/SG 3 April

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL MY/SG bakal mendapat peluang untuk beraksi di Liga Dunia menerusi Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas Grand Final PMPL itu akan diberikan slot untuk bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved