PUBG Mobile
Menang PMPLS3 pergi SEA, menang final PMPL S4 pergi World
JUARA peringkat Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) pada musim keempat nanti akan menerima habuan besar iaitu slot mutlak ke saingan peringkat dunia, Kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).
Perkara itu diumumkan menerusi siaran langsung Kejohanan AIS Esports 5G International di Twitch TV Thailand pada minggu lalu.

Siaran langsung itu turut berkongsikan butiran mengenai musim ketiga liga PMPL yang telah bermula pada 24 Mac lalu bagi rantau Asia Tenggara.
Juara peringkat liga nanti akan mendapat jemputan terus ke Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Ketiga.
Sementara itu, dua pasukan teratas peringkat final PMPL bagi musim ini akan mara ke SEA Final.
Pemenang SEA Final musim lalu, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) dari Indonesia disahkan akan mendapat jemputan terus ke SEA Final nanti selaku pemenang kejohanan Asia Tenggara itu pada musim lalu.

Dalam siaran langsung di Twitch itu turut mengumumkan tarikh kejohanan PMPL SEA Finals nanti, iaitu pada 21 hingga 23 Mei 2021.
Dua pasukan terbaik peringkat SEA Finals nanti akan menerima slot ke SEA Final Musim Keempat.
3 finalis SEA Final Musim Keempat pula akan ke Kejohanan Global PUBG Mobile 2021.
Selain itu, satu slot automatik untuk setiap negara akan diberikan bagi menyertai kejohanan peringkat dunia. Ia akan diberikan kepada juara Final PMPL peringkat negara masing-masing.
Menerusi format itu ia akan menyaksikan penyertaan sekurang-kurangnya satu pasukan dari Malaysia .
