PUBG Mobile
PMPL MYSG trending nombor 1 di YouTube!
PENSTRIMAN langsung Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) telah menjadi video yang paling sohor kini (trending) di YouTube Malaysia, bagi kategori gaming.
Rekod itu berjaya dicatatkan menerusi penstriman langsung hari pertama Super Weekend PMPL MYSG S3 yang berlangsung semalam.
Video itu telah mencatat lebih 508,000 tontonan setakat artikel ini ini ditulis. Jumlah tontonan itu adalah tertinggi sejak PMPL MYSG S3 membuka tirai pada 24 Mac lalu.
Ia dilihat sebagai peningkatan yang sangat baik jika dibandingkan dengan jumlah tontonan hari pertama PMPL MYSG S3 iaitu 221,870.
Pada semalam, sebanyak enam pusingan telah dimainkan pada peringkat Super Weekend itu.
Ia menyaksikan pasukan bukan pilihan Doktor Internet Taugeh Ayam, (Dr TA) mengungguli ranking liga itu setakat ini dengan 86 mata.
Dr TA juga berjaya mendapatkan dua Chicken Dinner berturut-turut pada pusingan pertama dan kedua Super Weekend semalam.
Berikut adalah keputusan Winner Winner Chicken Dinner pada semalam:
Map 1 – Sanhok – Doktor Internet Taugeh Ayam
Map 2 – Erangel – Doktor Internet Taugeh Ayam
Map 3 – Sanhok – Team Secret
Map 4 – Miramar – Yoodo Gank
Map 5 – Erangel – Team Bosskurr
Map 6 – Miramar – Team Secret
PMPL MYSG S3 bakal memasuki perlawanan kedua Super Weekend Minggu pertama pada hari ini. Hanya 16 pasukan terbaik peringkat liga akan mara ke final.
Kejohanan PUBG Mobile terbesar di Malaysia dan Singapura itu akan berlangsung sehingga 25 April nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).
Tonton dan beri sokongan kepada pemain-pemain kegemaran anda menerusi Facebook dan YouTube PUBG Mobile atau aplikasi WeTV.
