Connect with us

PUBG Mobile

Dulu susah sebab dua IGL, sekarang saya lebih yakin – Razor

Published

on

Foto: YouTube / EVOS SGMY

KUALA LUMPUR – Pemain profesional skuad PUBG Mobile EVOS VIP, Wan Muhammad Irfan (Razor) meluahkan rasa lebih berkeyakinan tinggi dengan pasukannya ketika ini dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) berbanding musim lalu.

Menurut Razor, dia yakin dengan susunan barisan pemain ketika ini, EVOS VIP sekurang-kurangnya mampu meraih tempat tiga teratas dalam PMPL MYSG S3.

“Saya yakin sebab musim lalu kami ada dua IGL (ketua dalam permainan) apabila bermain. Memang susah sebab tidak sama kepala. Jadi sekarang saya lebih yakin. InsyaAllah boleh menang, sekurang-kurangnya top 3 PMPL untuk mara ke peringkat Asia Tenggara.

“Saya mahu mengejar impian saya untuk membawa nama EVOS VIP ke peringkat Asia Tenggara atau Global,” kata pemain Fragger EVOS VIP itu.

Razor berkata demikian dalam satu dokumentari yang dimuatnaik EVOS Esports cawangan Malaysia dan Singapura di YouTube.

Dalam video dokumentari itu memaparkan persiapan dan harapan setiap pemain EVOS VIP dalam PMPL MYSG S3.

Mungkin terlalu awal untuk memberi satu tafsiran, namun WTM Today menyifatkan prestasi EVOS VIP ketika ini sememangnya berubah 180 darjah lebih baik berbanding musim lalu.

Pada peringkat Weekday 1 PMPL MYSG S3, EVOS VIP berada di ranking kedua dengan 148 mata manakala pada peringkat Super Weekend, EVOS berada di ranking keenam denga 96 mata.

Selain Razor, EVOS VIP terdiri daripada Muhamad Afiq Aziz (Yakuza), Ahmad Danial Haiqal (Hyqul), Muhammad Abdul Samad (xSamZ) dan Muhammad Danial Shahrom (Luxxy98).

Pada musim kali ini EVOS VIP juga telah merekrut pakar psikologi sukan, Bryan Win.

PMPL MYSG S3 telah bermula pada 24 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 25 April nanti. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved