Connect with us

PUBG Mobile

#PMCO2019: Bigetron RA muncul juara, bawa pulang RM855,800

Published

on

Pasukan Bigetron RA turut mendapatkan khidmat pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka) sebagai jurulatih sementara. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron RA menepati ramalan apabila muncul sebagai juara keseluruhan Grand Final Global PMCO Musim Luruh 2019.

Bigetron RA yang menunjukkan taringnya sejak awal perlawanan membawa pulang hadiah utama bernilai RM751,500 (AS$180,000) dan RM104,300 (AS$25,000) menerusi 5 Chicken Dinner yang diraih sepanjang 3 hari Grand Final berlangsung.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi pasukan China TOP Esports dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM375,000.

Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Thailand Mega Esports dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM187,000.

Grand Final Global PMCO Musim Luruh 2019 yang berlangsung di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur turut menyaksikan Made Bagas Pramudita (Zuxxy) muncul sebagai Pemain Terbaik (MVP).

Selain Zuxxy, Bigetron RA turut disertai kembarnya, Made Bagus Prabaswara (Luxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan Bigetron RA turut mendapatkan khidmat pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka) sebagai jurulatih sementara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved