Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Memang kami sorok strategi sebelum ini, di Global Final baru berikan sepenuhnya – Bigetron RA

Published

on

Bigetron RA mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron RA, mengakui tidak menonjolkan kesemua strategi yang mereka ada dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.

“Kami memang tidak mengeluarkan strategi yang kami ada di peringkat saringan awal namun kami sedang menunjukkan kesemua sekarang di Final Global.

“Kami tidak pasti bagaimana prestasi pasukan Asia Tenggara lain tapi untuk kami, ini adalah peluang terakhir pada tahun ini untuk memenangi kejohanan antarabangsa.

“Kami hanya bermain seperti biasa, tidak sangka akan berada di kedudukan teratas,” kata Pemain Bigetron RA, Made Bagus Prabaswara (Luxxy).

Dia berkata demikian dalam satu sidang media selepas tamat hari kedua Acara Utama Final Global Musim Luruh 2019 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Luxxy bersama Bigetron RA kini berada di kedudukan pertama selepas 10 pusingn telah berlangsung pada Grand Final PMCO Musim Luruh.

Mereka kini mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih.

Selain Luxxy, Bigetron terdiri daripada, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan itu ketika ini sedang mendapat khidmat jurulatih sementara dari pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka).

Mereka jauh meninggalkan pasukan yang berada di kedudukan nombor dua iaitu pasukan China, TOP Esports yang memperoleh 128 mata dengan 2 Chicken Dinner.

Sementara itu pasukan Malaysia, Yoodo Gank naik satu tangga hari ini iaitu di tangga ke-11 dengan 69 mata secara keseluruhan.

Tinggal 6 peta hari ini, adakah Bigetron mampu mengekalkan momentum mereka?

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved