Connect with us

PUBG Mobile

3 Chicken Dinner berturut-turut, Bigetron RA terus mengganas di medan PMCO!

Published

on

Bigetron RA kini mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih setakat ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron RA terus mengganas dalam medan pertempuran Final Global PMCO Musim Luruh 2019 apabila mengutip 3 Chicken Dinner berturut-turut pada hari ini.

Bigetron RA mula mendominasi pada pusingan ke-7 dalam peta Miramar, dan kemudiannya pada pusingan ke-8 dan ke-9 yang masing-masing berlangsung di peta Erangle dan Vikendi.

Meski tidak peroleh Chicken Dinner pada pusingan yang lain, Bigetron RA dilihat semakin lapar memburu gelaran juara PMCO Musim Luruh apabila mereka masih kekal berada di kedudukan pertama secara keseluruhan setakat hari ini.

Mereka kini mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih.

Bigetron terdiri daripada kembar berbakat besar, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan itu ketika ini sedang mendapat khidmat jurulatih sementara dari pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka).

Mereka jauh meninggalkan pasukan yang berada di kedudukan nombor dua iaitu pasukan China, TOP Esports yang memperoleh 128 mata dengan 2 Chicken Dinner.

Sementara itu pasukan Malaysia, Yoodo Gank naik satu tangga hari ini iaitu di tangga ke-11 dengan 69 mata secara keseluruhan.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved