Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Bapak Ah raih Chicken Dinner Kedua

Published

on

Pemain Bapak Ah Esports (dari kiri) Trixnity dan Bard ketika meraikan Chicken Dinner yang kedua dalam peta Miramar semalam di Kejohanan Liga PMCO Fall Split Asia Tenggara semalam. - Foto YouTube / PUBG Mobile

PASUKAN kompetitif PUBG Mobile tanah air Bapak Ah Esports (Bapak Ah) meraih mata kemenangan Winner Winner Chicken Dinner Kedua pada hari kelapan PMCO Fall Split Asia Tenggara yang berlangsung di Shanghai, China semalam.

Meski dikelilingi pasukan-pasukan gergasi PUBG Mobile Asia Tenggara, Bapak Ah yang beraksi dengan baik pada peta Miramar itu meraih 28 mata keseluruhan, termasuk 8 mata bunuh.

Bapak Ah mempunyai kelebihan pada bulatan terakhir apabila situasi menyaksikan 2 pemainnya, Bard dan Ngah masih hidup manakala pasukan Thailand Illuminate dan pasukan Filipina Team Amplify hanya berbaki satu orang iaitu Madtoi dan Vigor.

Perlawanan antara Bapak Ah Esports, Illuminate (Thailand) dan Team Amplify (Filipina).

Madtoi dilihat sangat terdesak pada bulatan terakhir apabila dia mencuba membaling segala bom yang ada pada ketika itu, namun posisi kedudukannya telah diperhatikan dengan teliti oleh Bard dari jauh.

Bard menamatkan nyawa Madtoi, meski dia cuba menyorok di belakang sebuah kenderaan.

Situasi ketika ini menjadi dua lawan satu, iaitu antara Bapak Ah dan Team Amplify.

Kedua-dua pasukan mara ke arah satu sama lain dengan agak pantas, mencari bukit atau kenderaan untuk berlindung.

Vigor memilih untuk berada di belakang sebuah van dengan peluru yang penuh berserta peti pertolongan cemas yang lebih dari mencukupi. Namun dia memilih untuk tidak menggunakannya.

Bard memilih untuk tidak membuang masa apabila dia hanya mempunyai satu pilihan.

Dia perlu segera menamatkan perang ini sepantas yang mungkin dan memberi tekanan kepada Vigor.

Dia tidak mahumemberi peluang kepada Vigor memikir strategi atau mencari jalan untuk menyelamatkan diri.

Senjata diangkat, sasaran dikenal pasti, usaha Bard berjaya.

Perlawanan tamat apabila Vigor akhirnya mati ditembak bertubi-tubi oleh Bard.

Kapten Bapak Ah, Trixnity berkata kemenangan itu adalah gabungan hasil usaha skil pemain masing-masing dan juga nasib.

“50 peratus bernasib baik dan 50 peratus skil,” jawab Trixnity secara ringkas apabila ditanya pengacara selepas selesai perlawanan ketiga hari kelapan PMCO semalam.

Trixnity juga mengakui pasukan-pasukan Malaysia sememangnya mengalami sedikit pergelutan apabila berada di pentas antarabangsa ini, tapi tidak bermaksud mereka tidak boleh menyumbang mata kemenangan.

“Pasukan Malaysia kini sedang menyesuaikan diri di PMCO ini dengan sangat baik. Kami perlukan sedikit masa untuk ‘masak’ Chicken Dinner,” kata Trixnity.

Secara keseluruhan pada semalam, Bapak Ah Esports kini berada di ranking ke-14.

Liga PMCO Fall Split Asia Tenggara kini sedang berlangsung selama lima minggu dan melibatkan 24 pasukan terbaik Asia Tenggara.

Bagi anda yang ingin menyaksikan ulangan perlawanan semalam boleh ke YouTube PUBG Mobile.

Selain Bapak Ah Esports, 4 pasukan Malaysia lain yang menyertai kejohanan itu adalah Team Secret, Yoodo, AROV Esports dan VIP Squad.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved