Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Bapak ah raih mata Chicken Dinner pertama

Published

on

Pemain pasukan kompetitif PUBG Mobile Bapak Ah Esports, Azfarz ketika meraikan mata Winner Winner Chicken Dinner pertama semalam. - Foto YouTube / PUBG Mobile

PASUKAN kompetitif PUBG Mobile tanah air, Bapak Ah Esports (Bapak Ah) meraih mata kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) yang pertama pada hari kelima, minggu pertama Liga Asia Tenggara Fall Split (PMCO) di Shanghai, China semalam.

Bapak Ah berjaya berada di tempat pertama pada peta Vikendi semalam, meraih 20 mata WWCD, 9 mata bunuh dan menjadikan mata keseluruhan sebanyak 29 mata.

Pada bulatan terakhir perlawanan itu menyaksikan Bapak Ah yang diwakili Bard, Ngah, Trixnity dan AzfarZ berada dalam keadaan genting ketika berdepan dengan pasukan Indonesia, EVOS Esports.

Ketika hanya tinggal dua sahaja pasukan tersebut, Ngah mati diluar playzone sebelum kapten Bapak Ah, Trixnity membunuh Foxe.

Pada ketika ini pemain Bapak Ah hanya tinggal Trixnity dan AzfarZ yang berada di kaki bukit, sementara satu-satunya pemain EVOS yang hidup Auro sedang membalut pertolongan cemas yang mengambil masa kira-kira lima saat.

Tidak sempat untuk membalut dengan sempurna, Auro yang menyorok di atas bukit menyedari pergerakan Trixnity dan mengambil tindakan pantas untuk menembaknya.

Tembakan mengena, Trixnity tersungkur.

Namun malangnya buat Auro apabila itu hanyalah kelegaan sementara apabila dia akhirnya mati dan Bapak Ah mendapat WWCD yang pertama dalam liga tersebut.

Menurut Trixnity, dia memang berniat untuk memberi tekanan kepada Aura memandangkan mata hidupnya paling rendah ketika itu.

“Memang kami sengaja untuk memberi tekanan dan mara menuju ke Aura pada ketika itu memandangkan hanya tinggal dia seorang.

“Saya mempunyai mata hidup paling lemah pada ketika itu, jadi saya pilih untuk ke hadapah dahulu,”katanya ketika ditemu bual pengacara selepas tamat perlawanan itu.

Jelas Trixnity, dalam liga ini dia mengakui pasukan Indonesia BTR dan pasukan Thailand, RRQ Anthena dan ILLUMINATE memberi tekanan dan saingan hebat.

Bagi ranking keseluruhan setakat semalam, Bapak Ah berada di kedudukan ke-15.

Sebelum ini lima pemain Bapak Ah termasuk Erynn diumum digugurkan dari organisasi e-sukan Junior Talent baru-baru ini dan menubuhkan pasukan Bapak Ah.

Liga Asia Tenggara Fall Split (PMCO) bakal berlangsung selama lima minggu dan melibatkan 24 pasukan terbaik Asia Tenggara.

Bagi anda yang ingin menyaksikan ulangan perlawanan semalam boleh ke YouTube PUBG Mobile, yang kini trending nombor 1 di Malaysia bagi kategori permainan video.

Selain Bapak Ah Esports, 4 pasukan Malaysia lain yang menyertai kejohanan itu adalah Team Secret, Yoodo, AROV Esports dan VIP Squad.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved