PUBG Mobile
PMCO: Akhirnya, VIP raih Chicken Dinner pertama!
PASUKAN kompetitif tanah air, Victorious In Play Squad (VIP) meraih mata pertama kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dalam pusingan kelima peta Miramar pada hari ke-11 Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split di Shanghai, China.
Menerusi WWCD itu, VIP meraih 20 mata kemenangan dengan 9 mata bunuh dalam pusingan itu.
Kejohanan PMNC 2019 yang bertemakan ‘One Squad, One Goal’ (Satu Skuad, Satu Matlamat) berlangsung di Quill City Mall.
Barisan pemain VIP Squad kali terdiri daripada Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper), Muhammad Afiq Abdul Aziz (Yakuza), Ahmad Zamir Mohamad Azme (Benv) dan Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman (Hyqul).