Connect with us

PUBG Mobile

PEC: “Bukan sebab takut team China”- Zuxxy

Published

on

Foto: YouTube / Bigetron Esports

TERMINATOR Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, Bagas Made Pramudita (Zuxxy) menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa pasukannya, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) menolak jemputan terus ke kejohanan Peacekeeper Elite Championship (PEC) 2020 atas sebab takut untuk bertarung dengan pasukan China.

Zuxxy juga menjelaskan bahawa pasukannya menolak jemputan ke PEC atas sebab proses kuarantin yang mengambil masa yang lama dan sebagai langkah berjaga-jaga demi kesihatan dan keselamatan para pemain yang bertanding.

“Jangan salah faham, kami (Bigetron RA) menolak jemputan tersebut kerana tempoh kuarantin memakan masa yang lama dan situasi di sana dilihat kurang selamat bagi kami.

“Lagi-lagi, masa rehat yang singkat bagi kami.

“Kami juga menolak bukan kerana tidak boleh menggunakan First Person Perspective (FPP) ataupun takut lawan pasukan China,” jelas Zuxxy.

Zuxxy berkata demikian di Instagram Story peribadi yang menjawab persoalan seorang warganet sama ada Bigetron RA menolak jemputan PEC kerana peraturannya yang melarang penggunaan First Person Perspective (FPP) dan Aim Assist.

Kejohanan PeaceKeeper Elite Championship yang dijangka akan diadakan secara offline di Shanghai, China pada 14 hingga 15 November nanti memerlukan pemain-pemain dari luar negara untuk melaksanakan tempoh kuarantin terlebih dahulu selama 14 hari.

Tempoh kuarantin itu bagi membendung wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Kejohanan PEC melibatkan pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik dari serata dunia dan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM7.3 juta (AS$ 1.7 juta).

Pasukan-pasukan terkemuka seperti bekas juara Thailand Valdus the Murder, Cloud 9, Natus Vincere dan Nova Esports dijangka akan bermain kejohanan tersebut.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved