Connect with us

Mobile Legends

Pasca MPL : Loong, Rynn, Evilx tinggalkan Reborn

Published

on

Setakat ini masih belum mempunyai penjelasan lanjut kenapa ketiga-tiga pemain tersebut membuat keputusan untuk meninggalkan Reborn. - Foto Facebook / Rebornizer

KUALA LUMPUR – Tidak sampai seminggu tamatnya musim ketiga Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura, tiga ahli pasukan tempatan Saw Kee Loong (Loong), Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn) dan Muhd Nurhafis Jamiran (Evilx) umum meninggalkan pasukan terkemuka Reborn.

Dalam satu kenyataan semalam, Reborn turut berkata satu barisan pemain baharu akan diumumkan nanti.

“Selepas ini kami akan mempunyai pemain-pemain baharu, diharap semua akan terus menyokong Reborn.

“Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga pemain tersebut,” katanya.

Pada Ahad lalu, juara musim kedua itu berkongsi tempat ke-5 dan ke-6 bersama-sama dengan Nara dalam kejohanan MPL dan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,100.

Sementara itu, pemain terbaik (MVP) musim lalu Loong dilihat meninggalkan komen terima kasih berhubung kenyataan Reborn itu.

“Terima kasih Reborn. Teruskan berusaha dan selamat maju jaya,” kata Loong.

Setakat ini masih belum mempunyai penjelasan lanjut kenapa ketiga-tiga pemain tersebut membuat keputusan untuk meninggalkan Reborn.

Reborn baru-baru ini terpilih mewakili negeri Johor bagi pusingan pemilihan kelayakan wakil negara ke Temasya Sukan SEA di Manila nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved