Connect with us

Mobile Legends

MPL: 4484 Hong Kong style Geek Fam manjakan harimau EVOS

Published

on

SUBANG JAYA – Pasukan Mobile Legends tanah air Geek Fam muncul juara Liga Profesional (MPL) musim ketiga selepas menewaskan pasukan Singapura EVOS SG 3-1 pada final.

Menerusi kemenangan itu juga menyaksikan Geek Fam membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM103,000 manakala EVOS SG yang berada di tempat kedua membawa pulang RM49,000.

Pemain Geek Fam Nik Aqieff (Dominus) juga muncul sebagai pemain terbaik pada grand final tersebut dan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.

Geek Fam sebelum ini memulakan perlawanan di peringkat musim liga di peringkat upper bracket selepas berada di kedudukan ketiga peringkat liga.

Pada pusingan penentu semalam, Geek Fam menewaskan Reborn 2-1 dan kekal berada di peringkat upper bracket.

Geek Fam terus menjadi satu-satunya pasukan Malaysia yang kekal dalam pusingan penentu apabila pasukan popular tanah air Shopee Bosskurr, juara musim lalu Reborn dan pasukan baharu yang sedang meningkat naik Xpax X-Assins kecundang pada hari pertama grand final kejohanan itu.

Mereka kemudiannya mengatur langkah bergaya ke final selepas berjaya menewaskan juara musim pertama MPL, Bigetron SG (Bigetron) dengan keputusan 2-1.

Grand Final Kejohanan MPL kali ini berlangsung di Sunway Pyramid dan menawarkan hadiah terkumpul kira-kira RM400,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved