Connect with us

Mobile Legends

MPL: Ngauman EVOS terus gegarkan Sunway, mara ke final

Published

on

SUBANG JAYA – Pasukan gergasi Mobile Legends Singapura EVOS SG (EVOS) terus mengorak langkah tanpa lelah apabila mereka berjaya ke final pusingan penentu Liga Profesional (MPL) seketika tadi.

EVOS yang bermula di peringkat lower bracket layak ke final selepas menewaskan juara musim pertama Bigetron Esports SG (Bigetron) 2-1.

It’s all about hard work. (Semuanya kerana usaha kerja keras,” kata Kapten pasukan EVOS Boon Wei Xing Robert (OhDeerBambi) ketika ditanya pengacara selepas tamat perlawanan.

Mereka sebelum itu bertembung dengan pasukan Singapura Resurgence dan menang 2-1.

Pada semalam, EVOS memulakan “operasi membaham” dengan menewaskan pasukan popular tanah air Shopee Bosskurr 2-1 pada pusingan pertama lower bracket.

Meskipun Shopee Bosskurr bermula dengan baik dengan menang 1-0, EVOS bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendominasi dalam perlawanan tiga terbaik itu.

Selepas kemenangan EVOS itu, mereka bertembung dengan musuh ketat NARA Esports SG (NARA).

EVOS kemudiannya berjaya membalas dendam ke atas kekalahan mereka pada pusingan peringkat musim liga yang lalu apabila mereka menang 2-0 ke atas NARA dalam lower bracket itu.

Selepas dua hari berturut-turut membuktikan mereka bukan pasukan yang calang-calang, akhirnya EVOS berada di gelanggang akhir, sama seperti musim sebelum ini.

Pada musim lalu EVOS merangkul kedudukan naib juara selepas tewas kepada pasukan Malaysia Reborn 3-2.

Sudah pastinya mereka tidak mahu sekadar menjadi kedua yang terbaik sekali lagi.

Jika mereka mahu menjadi juara, EVOS tidak boleh lagi menyorok taring dan cakaran mereka, segalanya perlu dikeluarkan untuk membaham ‘mangsa’ terakhir, Geek Fam pada final nanti.

Adakah ini detiknya untuk EVOS terus menyinar dengan ngauman ganasnya? Itu akan ditentukan seketika nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved